Merdeka Film Productions: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 27:
Sebelum penubuhan Merdeka Film Productions ini, bekas pengarah Cathay-Keris, [[Ho Ah Loke]] terlebih dahulu menggunakan perkataan ''Merdeka'' dalam menubuhkan syarikat produksinya dengan penubuhan ''Merdeka Film Enterprise'' pada tahun 1958. Pada tahun 1959, syarikat produksi ini telah berjaya menerbitkan sebuah filem berjudul ''[[Filem Hilang Gelap Datang Terang|Hilang Gelap Datang Terang]]'' dengan usahasama produksi [[Perfini]] dari Indonesia yang turut menampilkan [[Dollah Sarawak]], [[Maria Menado]], [[Chitra Dewi]], [[Rendra Karno]] serta beberapa artis dari Jakarta. Filem tersebut merupakan filem pertama dan terakhir keluaran syarikat berkenaan.
 
Pada tahun 1960, Merdeka Film Enterprise telah bergabung dengan [[Shaw Brothers]] Ltd. dan Encik H.M. Shah (H. M. Shah telah menarik diri daripada menjadi rakan kongsi dengan Cathay-Keris), maka tertubuhlah sebuah lagi syarikat perfileman di [[Ulu Kelang]], [[Selangor]] dengan nama Merdeka Filem Studio sebelum bertukar kepada Merdeka Film Productions. Filem pertama yang diterbitkan oleh Merdeka Film Productions ialah ''[[Filem Tun Tijah|Tun Tijah]]'' arahan [[L. Krishnan|Tan Sri L. Krishnan]] dan dibintangi oleh [[Abdullah Chik]], [[Salmah Ahmad]] dan [[Mustapha Maarof]]. Kebanyakan artis yang membintangi filem-filem terbitan syarikat ini adalah kesemuanya dari produksi terulung [[Malay Film Productions]] (MFP) dan [[Cathay-Keris Film Productions]] yang berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung kerjaya seni mereka selepas industri perfileman Melayu di Jalan Ampas, Singapura semakin merosot.
 
Syarikat ini berjaya menerbitkan 89 buah filem Melayu dengan 81 filem hitam-putih dan lapan filem berwarna. Syarikat ini tidak aktif selepas pengeluaran filem [[Loceng Maut]] pada tahun 1977. Studio ditutup secara rasminya beberapa tahun kemudian kerana kemunculan televisyen berwarna pada tahun 1975 dan Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong melalui studio disana, [[Clearwater Bay Studio]] lebih menumpukan penghasilan filem-filem bertemakan kungfu dan berwarna. Tidak terkecuali juga dengan kebanjiran filem-filem berwarna dari Indonesia, Hindi dan Hollywood. Keadaan diburukkan lagi apabila selepas kematian Seniman Agung Tan Sri [[P. Ramlee]], tiada lagi pengarah-pengarah filem Melayu berkaliber seperti [[M. Amin]], [[Jins Shamsuddin]], [[Omar Rojik]] dan [[S. Kadarisman]] di mana ada di antara mereka berhijrah ke produksi lain atau membuka syarikat perfileman mereka sendiri. Selain itu, pergolakan dalaman di dalam Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong juga memainkan peranan dimana [[Run Run Shaw]] dan [[Runme Shaw]] bersependapat untuk tidak mahu menghasilkan filem-filem di Singapura dan Malaysia. Filem terakhir terbitannya ialah [[Adik Manja]] pada tahun 1980 sebelum studio ini dibeli oleh [[Perbadanan Kemajuan Filem Nasional]] (FINAS) pada tahun 1985<ref>{{cite web |url=http://www.p-ramlee.com/p-ramlee/shaw.htm |title=Malay Film Productions Ltd. (1947 - 1967) |accessdate=9 Disember 2012}}</ref> dan dijadikan Kompleks Studio Merdeka.