Sempoa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Robot: interwiki standardization
Kekacang (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8:
Orang-orang [[Babylonia]] menggunakan sempoa habuk seawal [[Abad ke-3 SM|2400 SM]].<ref>Reilly, m.s. 825</ref> Bagaimanapun, asal sempoa dengan benang masih kabur, tetapi [[India]], [[Mesopotamia]] atau [[Mesir]] dipercayai merupakan tempat asal yang mungkin,<ref>Smith, m.s. 159</ref> dengan [[China]] memainkan peranan yang penting dalam pengembangan sempoa. Daripada sempoa-sempoa ini, berbagai-bagai sempoa telah dikembangkan, dengan yang paling popular berdasarkan sistem [[dwiperlimaan]] yang mempergunakan gabungan yang terdiri daripada dua asas ([[asas-2]] dan [[asas-5]]) untuk mewakili nombor-nombor [[perpuluhan]]. Bagaimanapun, sempoa terawal yang digunakan di [[Mesopotamia]] dan kemudian oleh para [[katib]] di Mesir dan [[Yunani]] menggunakan nombor [[perenampuluhan]] yang diwakili oleh faktor-faktor 5, 2, 3, dan 2 bagi setiap [[digit]].
 
Penggunaan istilah "akabusabacus" (dari [[bahasa Inggeris]]) bermula sebelum tahun [[1387]] apabila karya-karya [[bahasa Inggeris Pertengahan]] meminjam perkataan [[Latin]] untuk menghuraikan sempoa papan pasir. Perkataan Latin datangnya daripada perkataan ''abakos'', bentuk genitif bahasa Yunani untuk ''abax'' ("meja hitung"). Oleh sebab ''abax'' juga membawa pengertian "meja yang ditaburi dengan pasir atau habuk yang digunakan untuk melukis bentuk [[geometri]]", sesetengah ahli [[linguistik]] meneka bahawa perkataan Yunani berasal daripada [[kata akar]] [[Semitik]], ''ābāq'' (disebut "a-vak"), perkataan [[Bahasa Ibrani|Ibran]]i untuk "habuk". Oleh sebab perincian tentang penghantarannya adalah kabur, istilah "abakus" juga mungkin berasal daripada perkataan [[Bahasa Phonecia|Phoenicia]], ''abak'', yang membawa pengertian "pasir".
 
==Lihat juga==