Keluarga Uchiha: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 22:
Tidak lama selepas peristiwa tersebut, semua ahli keluarga Uchiha dibunuh kecuali Sasuke yang berada di Akademi pada masa pembunuhan. Apabila Sasuke pulang ke rumahnya, dia mendapati semua orang telah mati dan menjumpai abangnya di sisi mayat ibu bapa mereka. Apabila Sasuke bertanya tentang motif pembunuhan ini, Itachi menjawab, "Untuk menguji sejauh mana keupayaanku." Dia mendedahkan bahawa selama ini, dia memainkan peranan sebagai abang yang penyayang hanya untuk menguji kebolehan Sasuke. Itachi juga mengaku bahawa dialah yang telah membunuh Shisui untuk memenuhi syarat bagi memperoleh Mangekyo Sharingan. Sebelum meninggalkan Konoha, dia memberitahu Sasuke bahawa Sasuke tidak layak untuk dibunuh dan jika Sasuke mahu membunuhnya, dia harus membencinya dan memperoleh Mangekyo Sharingan.
 
Itachi banyak menggunakan ninjutsu dan genjutsu dalam pertarungan yang dibantu oleh Mangekyo Sharingan. Sharingan istimewanya membolehkan Itachi menggunakan '[[Amaterasu, 天照]]' (Sinaran Syurga). Dia juga boleh mengendalikan gerakan tangan yang diperlukan dalam ninjutsu dengan kelajuan yang tinggi sehingga tidak dapat diikut oleh pengguna Sharingan lain. Itachi imun terhadap genjutsu kerana dengan menggunakan Sharingan, dia hanya perlu meniru dan menggunakan teknik genjutsu lawan terhadap pihak lawannya semula. Dengan Mangekyo Sharingan, Itachi boleh menggunakan '[[Tsukuyomi, 月読]]' (Peniru Bulan). Dengan jurus ini, Itachi boleh menyeksa mangsa selama beberapa hari walaupun sebenarnya hanya sesaat berlalu di dunia nyata. Strategi utama untuk tidak terjerumus ke dalam jurus berbahaya tersebut adalah mengelakkan pandangan mata Itachi dan fokus pada gerakan kakinya seperti yang dikatakan oleh Gai dan Kakashi. Tetapi, Itachi masih boleh memerangkap seseorang dalam genjutsu dengan hanya menunjukkan jarinya.Tambahan lagi, Itachi boleh menggunakan Susanoo (須佐能乎) iaitu mencipta raksasa yang melindunginya.
 
Itachi telah ditewaskan oleh Sasuke disebabkan oleh jutsu baru Sasuke iaitu kirin. Dalam saat-saat Itachi sebelum mati, dia memberikan kuasa mangekyo kepada Sasuke.
 
=== Uchiha Madara (Tobi) ===