Ngah Jabor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 0 sources and tagging 1 as dead.) #IABot (v2.0.8
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 3 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8.1
Baris 5:
===Hubungan dengan Sultan Perak===
 
[[Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar|Raja Idris]] dan Ngah Jabor mempunyai hubungan kekeluargaan sebagai saudara sesusu kerana semasa kecil Raja Idris disusui oleh ibu Ngah Jabor iaitu Uda Punta, dan menjadi amalan biasa bagi keluarga DiRaja menyusukan anaknya kepada orang lain terutama dari golongan orang-orang kenamaan.<ref>{{Cite web |url=http://www.mdkampar.gov.my/latarbelakang |title=salinan arkib |access-date=2011-07-01 |archive-date=2011-11-16 |archive-url=https://web.archive.org/web/20111116072355/http://www.mdkampar.gov.my/latarbelakang |url-status=dead }}</ref>
 
===Hubungan dengan Dato Maharaja Lela===
Baris 22:
Difahamkan bahawa Ngah Jabor, Kulup Ali, Si Tuah dan Panjang Bur yang mengaku terlibat dalam konspirasi pembunuhan J.W.W Birch telah dihukum penjara seumur hidup oleh Mahkamah British di Perak atas tuduhan bersubahat dalam pembunuhan J.W.W Birch. Manakala Pandak Indut didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 20 Mei 1876. Pada 20 Januari 1877, Datuk Maharajalela, Datuk Sagor dan Pandak Indut pula dihukum gantung sampai mati.<ref>http://aziziabdullah.blogspot.com/2008_01_01_archive.html</ref>
 
Namun, buku ''Orang Biasa Diraja, Hayat dan Zaman Imam Perang Jabor (1858-1921)'' diceritakan bahawa sesetengah orang berpendapat Ngah Jabor telah dibebaskan dari penjara secara senyap-senyap oleh [[Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar|Raja Idris]] apabila baginda menjadi Sultan pada tahun 1887.<ref>Halaman 84, Orang Biasa Diraja, Hayat dan Zaman Imam Perang Jabor (1858-1921), Hashim Sam, PNM</ref>. Dakwaan ini diperkuatkan lagi dengan maklumat yang dikeluarkan oleh [[Majlis Daerah Kampar]] iaitu menyebut "''Berdasarkan artikel Datuk Hashim bin Sam Abdul Latiff, penempatan awal Kampar mempunyai kaitan dengan peristiwa pembunuhan J.W.W Birch sebagai Residen British di Perak kerana Ngah Jabor sebagai peneroka awal Kampar adalah seorang yang terlibat dalam pembunuhan tersebut, yang lain-lainnya termasuklah Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Putum dan sebagainya. Bagaimanapun Ngah Jabor terlepas dari sebarang hukuman apabila Raja Idris (Dris) yang kemudiannya menjadi Sultan Perak pada tahun 1887 menjadi Hakim mengadili orang-orang yang terlibat dalam pembunuhan Birch pada tahun 1876''".<ref>{{Cite web |url=http://www.mdkampar.gov.my/latarbelakang |title=salinan arkib |access-date=2011-07-01 |archive-date=2011-11-16 |archive-url=https://web.archive.org/web/20111116072355/http://www.mdkampar.gov.my/latarbelakang |url-status=dead }}</ref>
 
==Menghilangkan diri==
 
Antara tahun 1876 sehingga 1886 Ngah Jabor telah menghilangkan diri, didakwa untuk bertapa dan menuntut ilmu.<ref>{{Cite web |url=http://www.mdkampar.gov.my/latarbelakang |title=salinan arkib |access-date=2011-07-01 |archive-date=2011-11-16 |archive-url=https://web.archive.org/web/20111116072355/http://www.mdkampar.gov.my/latarbelakang |url-status=dead }}</ref> Kehilangan Ngah Jabor ini dikaitkan dengan pembukaan Kampung Jabor yang terletak di [[Kemaman]], [[Terengganu]]. Dipercayai tempat dimana Ngah Jabor mengasingkan diri dari diketahui oleh pihak British.
 
==Kembali ke Perak dan membuka Kampar==