Bumi Putra Rockers: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 24:
 
==Sejarah Penubuhan==
Kumpulan Bumiputra Rockers atau singkatannya BPR telah ditubuhkan pada tahun 1985 oleh gitaris utamanya, [[Awang BPR|Norzaini Mohammad]] atau lebih dikenali sebagai Awang. BPR pada asalnya adalah pecahan daripada beberapa kumpulan rock yang bergiat aktif di Johor Bahru, antaranya [[Kumpulan Titanic|Titanic]], [[Kumpulan Hurricane|Hurricane]], [[Kumpulan Split Times|Split Times]] dan [[Kumpulan Purple Grass|Purple Grass]].
 
Pada suatu hari, Awang telah mengumpulkan beberapa orang rakannya iaitu Joey (vokal), Yem Bai (bass), Yem C (2nd lead - meninggal dunia) dan seorang pemain dram (tidak diketahui namanya) untuk ''"jamming"'' secara suka-suka di salah satu studio di KOMTAR Johor Bahru. Di situlah keserasian antara mereka mula timbul dan Awang telah mengambil keputusan untuk membawa kumpulan ini ke Kuala Lumpur untuk memulakan misi mereka menjadi artis rakaman.
 
Di Kuala Lumpur, mereka kemudiannya dipertemukan dengan seorang pengurus artis bernama Wan Redzmann yang juga bekas pelumba kereta. Bermula dari situlah mereka mula mendapat peluang untuk mengadakan persembahan di seluruh negara. Untuk memantapkan lagi persembahan mereka di atas pentas, Awang telah membawa masuk pemain dram baharu bernama Raja Zainal (Enal) yang juga merupakan kenalan mereka di Johor Bahru untuk menggantikan pemain dram yang sedia ada. Pada masa ini, mereka tidak lagi mempunyai nama kumpulan yang tetap dan sering menggunakan nama kumpulan yang berbeza setiap kali mereka mengadakan petunjukan pentas.
 
Dalam satu pertunjukan pentas yang disertai mereka di Perlis, mereka telah bertemu dengan [[kumpulan Sweet Charity]] yang diterajui oleh [[Ramli Sarip]] (kini Datuk). Ramli Sarip yang kebetulan telah melihat aksi anak-anak muda ini telah berjumpa dengan mereka, seterusnya menawarkan mereka untuk menjadi band pengiring untuk persembahan solo beliau. Di sinilah Ramli secara tidak sengaja telah menamakan mereka sebagai '''Bumiputra Rockers''' setelah beberapa kali mereka mengadakan persembahan bersama.
 
Sekembalinya mereka di Kuala Lumpur, Ito dari [[kumpulan Blues Gang]] telah menawarkan mereka untuk menjadi artis rakaman pertama di bawah label Ito Productions. Maka, lahirlah album pertama mereka berjudul ''Selamat Pagi Malaysia'' yang dikeluarkan pada tahun 1986. Malangnya, album tersebut kurang mendapat sambutan dan Ito akhirnya terpaksa melepaskan kumpulan ini daripada label produksinya. Pada masa yang sama, Yem C (2nd lead) mengambil keputusan untuk menarikmengundurkan diri, menjadikan BPR hanya empat orang anggota iaitu Joey, Awang, Yem Bai dan Enal.
 
Setahun kemudian, BPR telah mendapat tawaran daripada Life Rekod (kini Life Records) untuk menghasilkan album pertama BPR di bawah label tersebut, sekaligus merupakan album kedua BPR dalam sejarah industri muzik tempatan. Maka, lahirlah album kedua BPR berjudul ''Bisa'' pada tahun 1987. Album ini juga telah menyaksikan BPR kembali berlima dengan kemasukan Harun Ahmad yang juga berasal dari Johor Bahru sebagai gitaris kedua mereka.
 
Pada awal penerbitan album Bisa, album ini juga kurang mendapat sambutan sepertimana yang berlaku pada album pertama mereka sebelum ini. Namun, puncak populariti mereka akhirnya berjaya diraih setelah mereka mengadakan persembahan di '''''Pesta Hiburan Kingsway''''' yang bertempat di Padang Semarak, Kuala Lumpur di mana persembahan mereka turut ditayangkan di seluruh Malaysia melalui RTM. Penangan daripada konsert tersebut telah menyebabkan staf-staf Life Rekod terpaksa bekerja lebih masa semata-mata untuk menyiapkan ratusan ribu unit album tersebut.
 
== Anggota Kumpulan ==