Bumi Putra Rockers: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 28:
Sejarah kumpulan ini bermula apabila Awang telah mengumpulkan beberapa orang rakannya iaitu Joey (vokal), Yem Bai (bass), Yem C (2nd lead - ''meninggal dunia'') dan seorang pemain dram (tidak diketahui namanya) untuk ''"jamming"'' secara suka-suka di salah satu studio di KOMTAR Johor Bahru. Di situlah keserasian antara mereka mula timbul dan Awang telah mengambil keputusan untuk membawa kumpulan ini ke Kuala Lumpur untuk memulakan misi mereka menjadi artis rakaman.
 
Di Kuala Lumpur, mereka kemudiannya dipertemukan dengan seorang pengurus artis bernama Wan Redzmann yang juga bekas pelumba kereta. Bermula dari situlah mereka mula mendapat peluang untuk mengadakan persembahan di seluruh negara. Untuk memantapkan lagi persembahan mereka di atas pentas, Awang telah membawa masuk pemain dram baharu bernama Raja Zainal (Enal) yang juga merupakan kenalan mereka di Johor Bahru untuk menggantikan pemain dram yang sedia ada. Pada masa ini, mereka tidak lagi mempunyai nama kumpulan yang tetap dan sering menggunakan nama kumpulan yang berbeza setiap kali mereka mengadakan petunjukanpertunjukan pentas.
 
Dalam satu pertunjukan pentas yang disertai mereka di Perlis, mereka telah bertemu dengan [[kumpulan Sweet Charity]] yang diterajui oleh [[Ramli Sarip]] (kini Datuk). Ramli Sarip yang kebetulan telah melihat aksi anak-anak muda ini telah berjumpa dengan mereka, seterusnya menawarkan mereka untuk menjadi band pengiring untuk persembahan solo beliau. Di sinilah Ramli secara tidak sengaja telah menamakan mereka sebagai '''Bumiputra Rockers''' setelah beberapa kali mereka mengadakan persembahan bersama.