Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 3 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8.1
 
Baris 50:
 
==Membantah Felda Global Ventures Holdings==
Pada 15 November 2011, ANAK mendesak agar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk [[Ahmad Maslan]] mengemukakan bukti bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di [[Bursa Malaysia]] tidak akan menjejaskan aset peneroka Felda. Presiden ANAK, [[Mazlan Aliman]] mendapati 360,000 hektar tanah milik Felda Plantation akan dicagar pada Januari 2012. Bayangkan pendapatan daripada tanah ini tidak kurang daripada RM2,000 juta setahun tiba-tiba nilai pajakan hanya RM251 juta, ertinya Felda kehilangan lebih kurang 80% daripada pendapatan sebenar daripada tanah ini.<ref>[{{Cite web |url=http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6522-penyenaraian-fgvh-360000-hektar-tanah-dikorban |title=Penyenaraian FGVH: 360,000 hektar tanah dikorban] |access-date=2011-11-15 |archive-date=2011-11-17 |archive-url=https://web.archive.org/web/20111117173316/http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6522-penyenaraian-fgvh-360000-hektar-tanah-dikorban |url-status=dead }}</ref>
 
==Membantah pelantik Isa Samad==
Pada 20 Disember 2011, ANAK akan mengadakan bantahan rasmi terhadap pelantikan Tan Sri [[Isa Abdul Samad]] sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi Koperasi Felda (KPF) kepada [[Perdana Menteri]], Datuk Seri [[Najib Tun Razak]]. Isa Samad didakwa tidak sah menjadi Pengerusi KPF kerana beliau bukan peneroka atau ahli keluarga peneroka. Undang-Undang Kecil Felda menetapkan bahawa untuk menjadi Pengerusi KPF, seseorang itu mestilah seorang peneroka, kakitangan Felda atau anak peneroka.<ref>[{{Cite web |url=http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6522-penyenaraian-fgvh-360000-hektar-tanah-dikorban |title=Penyenaraian FGVH: 360,000 hektar tanah dikorban] |access-date=2011-11-15 |archive-date=2011-11-17 |archive-url=https://web.archive.org/web/20111117173316/http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6522-penyenaraian-fgvh-360000-hektar-tanah-dikorban |url-status=dead }}</ref> Anak dikatakan ada bukti surat melalui setiausaha sulit kanan perdana menteri yang mengesahkan perlantikan Isa Samad sebagai pengerusi koperasi walhal Mesyuarat Agung KPF melantik dan memilih Datuk [[Dzulkifli Wahab]] sebagai pengerusi.
 
Pada 25 Oktober 2011, Datuk Ahmad Maslan memberitahu [[Dewan Rakyat]] bahawa Isa yang juga Pengerusi Felda Holdings Bhd, secara rasminya masih belum dilantik sebagai pengerusi KPF. Ahmad Maslan berkata pelantikan Isa sebagai Pengerusi KPF akan diputuskan oleh Lembaga Pengarah Felda mengikut undang-undang yang diperuntukkan dalam Akta Koperasi 1993 dan undang-undang kecil KPF.<ref>[{{Cite web |url=http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6520-anak-ada-bukti-isa-dilantik-ikut-pintu-belakang |title=Anak ada bukti Isa dilantik 'ikut pintu belakang'] |access-date=2011-11-15 |archive-date=2011-11-16 |archive-url=https://web.archive.org/web/20111116155354/http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6520-anak-ada-bukti-isa-dilantik-ikut-pintu-belakang |url-status=dead }}</ref>
 
==Rujukan==