Bumi Putra Rockers: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 32:
Dalam satu pertunjukan pentas yang disertai mereka di Perlis, mereka telah bertemu dengan [[kumpulan Sweet Charity]] yang diterajui oleh [[Ramli Sarip]] (kini Datuk). Ramli Sarip yang kebetulan telah melihat aksi anak-anak muda ini telah berjumpa dengan mereka, seterusnya menawarkan mereka untuk menjadi band pengiring untuk persembahan solo beliau. Di sinilah Ramli secara tidak sengaja telah menamakan mereka sebagai '''Bumiputra Rockers''' setelah beberapa kali mereka mengadakan persembahan bersama.
 
Sekembalinya mereka di Kuala Lumpur, Ito dari [[kumpulan Blues Gang]] telah menawarkan mereka untuk menjadi artis rakaman pertama di bawah label Ito Productions. Maka, lahirlah album pertama mereka berjudul ''Selamat Pagi Malaysia'' yang dikeluarkan pada tahun 19861987. Malangnya, album tersebut kurang mendapat sambutan dan Ito akhirnya terpaksa melepaskan kumpulan ini daripada label produksinya. Pada masa yang sama, Yem C mengambil keputusan untuk mengundurkan diri, menjadikan BPR hanya empat orang anggota iaitu Joey, Awang, Yem Bai dan Enal.
 
Setahun kemudian, BPR telah mendapat tawaran daripada Life Rekod (kini Life Records) untuk menghasilkan album pertama BPR di bawah label tersebut, sekaligus merupakan album kedua BPR dalam sejarah industri muzik tempatan. Maka, lahirlah album kedua BPR berjudul ''Bisa'' pada tahun 1987. Album ini juga telah menyaksikan BPR kembali berlima dengan kemasukan Harun Ahmad sebagai gitaris kedua mereka yang juga senegeri dengan anggota BPR yang sedia ada.