Perbezaan antara semakan "Pengguna:Fandi89/Kotak pasir"

Siap.
(Siap.)
Teg: Menggantikan
{{Kotak pasir peribadi}}
{{Infobox film
| name = Penunggang Agama 2
| image =
| caption =
| pengarah = [[Syafiq Yusof]]
| penerbit = {{plainlist|
* [[Yusof Haslam]]
* Raja Jastina Raja Arshad (eksekutif)
}}
| penulis = Nazri M. Annuar
| lakon_layar =
| penceritaan =
| berdasarkan = <!-- {{berdasarkan|tajuk asal cerita|penulis asal cerita}} -->
| pengisah =
| pelakon = {{Plainlist|
* [[Zul Ariffin]]
* [[Azira Shafinaz]]
* [[Tony Eusoff]]
* [[Salina Saibi]]
* Puteri Nurqaseh
* [[Johan As'ari]]
* [[Rahim Razali]]
* [[Anna Jobling]]
}}
| music = Extreme Music
| sinematografi = Indra Che Muda
| penyuntingan = {{plainlist|
* Syafiq Yusof
* Safwan Salleh
}}
| studio = {{plainlist|
* [[Skop Productions]]
* [[Astro Shaw]]
}}
| pengedar =
| penayangan = 19 Oktober 2021 {{small|(Malaysia)}}
| masa = 90 minit
| negara = [[Malaysia]]
| bahasa = [[Bahasa Melayu|Melayu]]
| belanjawan =
| untung_kasar =
}}
 
'''''Penunggang Agama 2''''' ialah sebuah filem drama seram keagamaan Malaysia 2021 arahan dan lakon layar oleh [[Syafiq Yusof]] terbitan bersama [[Skop Productions]] dan [[Astro Shaw]]. Kesinambungan daripada filem [[Penunggang Agama|bertajuk sama]], filem ini dibintangi oleh [[Zul Ariffin]] dan [[Azira Shafinaz]] yang kembali menjayakan watak masing-masing, dan dijangka akan ditayangkan pada 19 Oktober 2021 di [[Astro (televisyen satelit)|Astro First]].<ref>{{cite news|url=https://gempak.com/berita-terkini/konflik-agama-dendam-lama-bisikan-syaitan-penunggang-agama-2-bakal-menemui-penonton-19-oktober-ini-67211|title=Konflik agama, dendam lama dan bisikan syaitan - Penunggang Agama 2 bakal menemui penonton 19 Oktober ini|author=Azwa Rahman|publisher=[[Astro Gempak]]|date=13 Oktober 2021|accessdate=15 Oktober 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.budiey.com/filem-penunggang-agama-2-bakal-ditayangkan-di-astro-first-mulai-19-oktober-ini/|title=Filem PENUNGGANG AGAMA 2 Bakal Ditayangkan di Astro First Mulai 19 Oktober Ini|author=Budiey|publisher=Sensasi Selebriti|date=5 Oktober 2021|accessdate=15 Oktober 2021}}</ref>
 
==Sinopsis==
Kesinambungan kisah Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama. Dalam pada masa yang sama, seorang anak murid Anna bernama Anim hilang secara tiba-tiba sejurus pulang dari kelas mengaji yang dikendalikan oleh Anna. Kedua ibu bapa Anim meminta bantuan Amir dan Anna untuk mencari anak mereka. 
 
Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima. Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz. Bukan itu sahaja, tetapi Amir mengubah penampilannya dengan sentiasa mengenakan jubah putih serta berkopiah. 
 
Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael yang turut sama mencari Anim yang hilang itu, telah mencabar ego dan kredibiliti Amir. Amir mencurigai Father Michael dan percaya lelaki itu mempunyai agenda tersembunyi. Apakah kaitan kehilangan anak kecil ini dengan dendam lama Huda?
 
==Pelakon==
* [[Zul Ariffin]] sebagai Amir 
* [[Tony Eusoff]] sebagai Father Michael
* [[Azira Shafinaz]] sebagai Anna 
* [[Johan As'ari]] sebagai Hafiz 
* Puteri Nurqaseh sebagai Sarah 
* [[Salina Saibi]] sebagai Huda 
* [[Rahim Razali]] sebagai Datuk Fawwas 
* [[Anna Jobling]] sebagai anak Datuk Fawwas 
* Burhan Sidqi sebagai Bakhtiar 
* Sharifah Aisyarha sebagai Anim
 
==Penerbitan==
Dalam satu sesi temubual filem ''Penunggang Agama 2'' bersama media, Syafiq berkata beliau berdepan cabaran baharu dalam filem ini apabila menampilkan elemen berlainan agama.<ref name="Cabaran baharu">{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2021/10/765847/cabaran-baharu-syafiq-yusof-dalam-penunggang-agama-2|title=Cabaran baharu Syafiq Yusof dalam Penunggang Agama 2|author=Sudirman Mohd Tahir|publisher=[[Harian Metro]]|date=13 Oktober 2021|accessdate=15 Oktober 2021}}</ref>
 
{{quote|"Untuk ''Penunggang Agama 2'', walaupun ia filem berskala kecil, saya harus tunjukkan kelainan. Jadi, untuk sekuel filem ''Penunggang Agama'' ini, saya ketengahkan elemen berlainan agama. Malah, saya belum nampak lagi dalam filem kita. Diakui, ia agak mencabar tapi perlu berhati-hati. Saya minta juga pendapat ustaz dari perspektif Islam. Bagi agama Kristian, saya bercerita situasi jalan cerita dan dapatkan kebenaran paderi di gereja di [[Cameron Highlands]] tempat kami menjalani penggambaran,"<ref name="Cabaran baharu"/>}}
 
Untuk penceritaan dan skrip, Syafiq memutuskan untuk tidak membuat lebih terperinci mengenai agama dan kitab, namun lebih kepada visual. Menurutnya, hanya dua dialog sahaja telah dipotong.<ref name="Cabaran baharu"/> Bagi mengelakkan risiko luar jangkaan, Syafiq meminta pandangan pihak agamawan seperti ustaz dan paderi sebelum meneruskan penggambaran.<ref>{{cite news|url=https://www.malaysiakini.com/hiburan/595300|title=Syafiq rujuk ustaz, paderi untuk siapkan Penunggang Agama 2|author=Nadia Azam|publisher=[[Malaysiakini]]|date=13 Oktober 2021|accessdate=16 Oktober 2021}}</ref>
 
Zul Ariffin kembali menjayakan watak sebagai Amir, beliau mengakui watak dan tema penunggang agama dalam filem ini wujud dan ramai yang seperti itu dalam kehidupan sekarang. Zul berkata, ramai yang bertemu dengan golongan seperti itu sekurang-kurangnya sekali seminggu.<ref>{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2021/10/765924/sekarang-memang-ramai-penunggang-agama-zul-ariffin|title='Sekarang memang ramai penunggang agama' - Zul Ariffin|author=Sudirman Mohd Tahir|publisher=[[Harian Metro]]|date=13 Oktober 2021|accessdate=15 Oktober 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.malaysiakini.com/hiburan/595545|title='Orang bukan Islam tak baca Quran, tapi baca perangai kita'|author=Nadia Azam|publisher=[[Malaysiakini]]|date=15 Oktober 2021|accessdate=16 Oktober 2021}}</ref> Beliau turut mendedahkan mengalami hipertensi semasa menjalani penggambaran.<ref>{{cite news|url=https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/10/13/zul-ariffin-cerita-detik-detik-diserang-hipertensi---apabila-tersedar-je-dah-dalam-ambulance|title=Zul Ariffin cerita detik-detik diserang hipertensi - “Apabila tersedar je dah dalam ambulans”|author=Ali Toupan Rajalee|publisher=[[mStar Online]]|date=13 Oktober 2021|accessdate=16 Oktober 2021}}</ref> Tony Eusoff memegang watak sebagai Father Michael, seorang paderi yang bertugas di sebuah gereja di Cameron Highlands, Father Michael.<ref>{{cite news|url=https://www.astroawani.com/berita-hiburan/tony-eusoff-bawa-watak-paderi-netizen-tidak-sabar-tonton-penunggang-agama-2-325547|title=Tony Eusoff bawa watak paderi, netizen tidak sabar tonton 'Penunggang Agama 2'|publisher=[[Astro Awani]]|date=15 Oktober 2021|accessdate=15 Oktober 2021}}</ref>
 
==Keluaran==
''Penunggang Agama 2'' dijadualkan akan ditayangkan di Astro First pada 19 Oktober 2021.<ref name="Cabaran baharu"/> Sebuah klip video acah filem ini, yang memaparkan Ustaz Amir berhadapan dengan satu lagi gangguan makhluk halus telah dikeluarkan di saluran [[YouTube]] Astro Shaw pada 30 September 2021. Manakala treler rasmi filem ini dikeluarkan pada 12 Oktober 2021.<ref>{{cite news|url=https://himpunanceritalawak.com/2021/10/13/trailer-penunggang-agama-2-curi-perhatian-uih-cam-lagi-best/|title=Trailer Penunggang Agama 2 Curi Perhatian, “Uih Cam Lagi Best!”|author=Ain Matahir|publisher=Himpunan Cerita Lawak|date=13 Oktober 2021|accessdate=15 Oktober 2021}}</ref>
 
==Rujukan==
{{Reflist}}