Penunggang Agama 2: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rencana baru.
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 03:59, 16 Oktober 2021

Penunggang Agama 2 ialah sebuah filem seram ngeri Malaysia 2021 arahan dan lakon layar oleh Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw. Kesinambungan daripada filem bertajuk sama, filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin dan Azira Shafinaz yang kembali menjayakan watak masing-masing, dan dijangka akan ditayangkan pada 19 Oktober 2021 di Astro First.[1][2]

Penunggang Agama 2
PengarahSyafiq Yusof
PenulisNazri M. Annuar
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiIndra Che Muda
Disunting oleh
  • Syafiq Yusof
  • Safwan Salleh
Muzik olehExtreme Music
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
19 Oktober 2021 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis

Kesinambungan kisah Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama. Dalam pada masa yang sama, seorang anak murid Anna bernama Anim hilang secara tiba-tiba sejurus pulang dari kelas mengaji yang dikendalikan oleh Anna. Kedua ibu bapa Anim meminta bantuan Amir dan Anna untuk mencari anak mereka. 

Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima. Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz. Bukan itu sahaja, tetapi Amir mengubah penampilannya dengan sentiasa mengenakan jubah putih serta berkopiah. 

Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael yang turut sama mencari Anim yang hilang itu, telah mencabar ego dan kredibiliti Amir. Amir mencurigai Father Michael dan percaya lelaki itu mempunyai agenda tersembunyi. Apakah kaitan kehilangan anak kecil ini dengan dendam lama Huda?

Pelakon

Penerbitan

Dalam satu sesi temubual filem Penunggang Agama 2 bersama media, Syafiq berkata beliau berdepan cabaran baharu dalam filem ini apabila menampilkan elemen berlainan agama.[3]

"Untuk Penunggang Agama 2, walaupun ia filem berskala kecil, saya harus tunjukkan kelainan. Jadi, untuk sekuel filem Penunggang Agama ini, saya ketengahkan elemen berlainan agama. Malah, saya belum nampak lagi dalam filem kita. Diakui, ia agak mencabar tapi perlu berhati-hati. Saya minta juga pendapat ustaz dari perspektif Islam. Bagi agama Kristian, saya bercerita situasi jalan cerita dan dapatkan kebenaran paderi di gereja di Cameron Highlands tempat kami menjalani penggambaran,"[3]

Untuk penceritaan dan skrip, Syafiq memutuskan untuk tidak membuat lebih terperinci mengenai agama dan kitab, namun lebih kepada visual. Menurutnya, hanya dua dialog sahaja telah dipotong.[3] Bagi mengelakkan risiko luar jangkaan, Syafiq meminta pandangan pihak agamawan seperti ustaz dan paderi sebelum meneruskan penggambaran.[4]

Zul Ariffin kembali menjayakan watak sebagai Amir, beliau mengakui watak dan tema penunggang agama dalam filem ini wujud dan ramai yang seperti itu dalam kehidupan sekarang. Zul berkata, ramai yang bertemu dengan golongan seperti itu sekurang-kurangnya sekali seminggu.[5][6] Beliau turut mendedahkan mengalami hipertensi semasa menjalani penggambaran.[7] Tony Eusoff memegang watak sebagai Father Michael, seorang paderi yang bertugas di sebuah gereja di Cameron Highlands, Father Michael.[8]

Keluaran

Penunggang Agama 2 dijadualkan akan ditayangkan di Astro First pada 19 Oktober 2021.[3] Sebuah klip video acah filem ini, yang memaparkan Ustaz Amir berhadapan dengan satu lagi gangguan makhluk halus telah dikeluarkan di saluran YouTube Astro Shaw pada 30 September 2021. Manakala treler rasmi filem ini dikeluarkan pada 12 Oktober 2021.[9]

Rujukan

  1. ^ Azwa Rahman (13 Oktober 2021). "Konflik agama, dendam lama dan bisikan syaitan - Penunggang Agama 2 bakal menemui penonton 19 Oktober ini". Astro Gempak. Dicapai pada 15 Oktober 2021.
  2. ^ Budiey (5 Oktober 2021). "Filem PENUNGGANG AGAMA 2 Bakal Ditayangkan di Astro First Mulai 19 Oktober Ini". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 Oktober 2021.
  3. ^ a b c d Sudirman Mohd Tahir (13 Oktober 2021). "Cabaran baharu Syafiq Yusof dalam Penunggang Agama 2". Harian Metro. Dicapai pada 15 Oktober 2021.
  4. ^ Nadia Azam (13 Oktober 2021). "Syafiq rujuk ustaz, paderi untuk siapkan Penunggang Agama 2". Malaysiakini. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
  5. ^ Sudirman Mohd Tahir (13 Oktober 2021). "'Sekarang memang ramai penunggang agama' - Zul Ariffin". Harian Metro. Dicapai pada 15 Oktober 2021.
  6. ^ Nadia Azam (15 Oktober 2021). "'Orang bukan Islam tak baca Quran, tapi baca perangai kita'". Malaysiakini. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
  7. ^ Ali Toupan Rajalee (13 Oktober 2021). "Zul Ariffin cerita detik-detik diserang hipertensi - "Apabila tersedar je dah dalam ambulans"". mStar Online. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
  8. ^ "Tony Eusoff bawa watak paderi, netizen tidak sabar tonton 'Penunggang Agama 2'". Astro Awani. 15 Oktober 2021. Dicapai pada 15 Oktober 2021.
  9. ^ Ain Matahir (13 Oktober 2021). "Trailer Penunggang Agama 2 Curi Perhatian, "Uih Cam Lagi Best!"". Himpunan Cerita Lawak. Dicapai pada 15 Oktober 2021.