Hantu Ke Lima: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rencana baru.
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 04:35, 16 Oktober 2021

Hantu Ke Lima (atau Hantu Kelima) ialah sebuah filem seram komedi Malaysia 2021 arahan Azhari Zain. Dibintangi oleh barisan pelakon ensembel terdiri daripada Raysha Rizrose, Izzue Islam dan Elly Mazlein, filem ini ditayangkan pada 7 Oktober 2021 di Astro First.[1][2][3]

Hantu Ke Lima
PengarahAzhari Zain
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
AT Movies
Tarikh tayangan
7 Oktober 2021 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis

Mengisahkan tentang Auni Qaisara Putri mencari perlindungan setelah dianiaya oleh ibu tirinya Puan Sri Zaleha dalam skim pelaburan saham yang merugikan. Puncak Mahligai kediaman mewah peninggalan arwah ayah Auni yang dipelihara oleh Iskandar Syah dan isterinya, Kam menyimpan seribu satu misteri. TKO Studio yang diusahakan Taufiq, Kent dan Dya sedang dalam kejatuhan dan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Puan Sri Zaleha dalam mempromosi Puncak Mahligai untuk menarik minat pelabur. Namun mereka berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik. Auni Qaisara Putri akan mempertahankan satu-satunya kenangan bersama arwah ayah dan ibunya di Puncak Mahligai.

Pelakon

Penerbitan

Hantu Ke Lima diterbitkan oleh AT Movies dan menjadi filem Melayu pertama terbitan syarikat itu yang sebelum ini hanya menumpukan perhatian kepada penerbitan filem Tamil tempatan antaranya ialah Athaiyum Thaandi dan Azhaggiye Thee. Penggambaran dijalankan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang, Selangor dan Port Dickson, Negeri Sembilan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).[1]

Keluaran

Hantu Ke Lima ditayangkan pada 7 Oktober 2021 di Astro First.[1][4] Filem ini berjaya menduduki kedudukan pertama di carta filem Astro First, tidak lama selepas dikeluarkan.[5]

Rujukan

  1. ^ a b c "Hantu Ke Lima perli sikap golongan 'influencer'". Kosmo!. 15 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
  2. ^ Aqmar Mustaza (6 Oktober 2021). "Kisah pempengaruh kejar bahan kandungan jadi taruhan dalam Hantu Ke Lima". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
  3. ^ Helmi Anuar (7 Oktober 2021). "'Hantu Ke Lima' Papar Kisah 'Influencer' Gila 'Viral'". Getaran. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
  4. ^ "Hantu Ke Lima Angkat Isu Influencer Kejar Konten Demi Viral". Kopiplanet. 15 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
  5. ^ Hanafis Haris (15 Oktober 2021). "Seminggu ditayangkan, filem Hantu Ke Lima panjat carta di tempat pertama! Ramai love!". Astro Gempak. Dicapai pada 16 Oktober 2021.

Pautan luar