Perbezaan antara semakan "Pengguna:Fandi89/Kotak pasir"

tiada ringkasan suntingan
{{Kotak pasir peribadi}}
'''Zaharah Mohamad Yaacob''', juga dikenali sebagai '''Sahara Yaacob''' ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau meraih kejayaan dalam industri muzik antara 1980-an dan 1990-an sekaligus dikenali dengan jolokan '[[Tina Turner]] Malaysia'. Beliau juga ialah artis wanita pertama Malaysia yang merakamkan lagu [[Muzik rock|rock]] sebelum [[Ella (penyanyi)|Ella]].
 
==Kehidupan peribadi==
Sahara telah berkahwin sebanyak 5 kali yang semuanya berakhir dengan perceraian. Beliau berkahwin kali pertama dengan seorangKassim Weheat lelakiyang berbangsa Inggeris, Allahyarham Kassim Weheat pada usia 15 tahun. Kassim ketika itu berusia 69 tahun. Mereka bercerai selepas 16 tahun bersama disebabkan arwah sudah tua. Hubungan mereka bagaimanapun, tetap akrab apabila arwah masih menjaganya seperti seorang bapa.
 
Sahara kemudian berkahwin buat kali kedua dengan Nazri Tun Abdul Rahman Hashim ketika berusia 21 tahun. Perkahwinan itu, bagaimanapun hanya bertahan selama tiga tahun. Beliau seterusnya berkahwin dengan Dr Nordin Ahmad. Usia perkahwinan mereka hanya kekal selama lapan bulan kerana Sahara berasa dirinya diperguna dan dianiaya.
 
Sahara berkahwin buat kali keempat dengan pengurusnya, Ghazlan Sheikh Mahmud. Pasangan itu bagaimanapun, bercerai setahun kemudian kerana Sahara tidak tahan dengan tabiat buruk dan pelik bekas suaminya. Pertemuan dengan lelaki Arab, Hosam Mohamed yang 20 tahun lebih muda daripadanya membawanya ke jenjang pelamin. Malangnya, perkahwinan kelimanya juga gagal apabila Hosam didakwa menjalinkan hubungan dengan kawan baiknya.
 
==Pautan luar==