Krisis Perlembagaan Malaysia 1988: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Kamalzack (bincang | sumb.)
Baris 8:
Terwujud satu kempen yang amat gigih untuk mendapat sokongan daripada lebih kurang 1,500 wakil cawangan di seluruh negara yang akan memilih pegawai-pegawai parti. Penyokong-penyokong Razaleigh mengharapkan beliau akan menang, dan dalam Perhimpunan Agung UMNO tidak lama selepas pengiraan undi, terdapat khabar-khabar angin bahawa Razaleigh telah menang. Bagaimanapun, keputusan rasmi mengisytiharkan Mahathir sebagai pemenang, dengan 761 undi berbanding 718 undi untuk Razaleigh. [[Ghafar Baba]], calon Pasukan A untuk Timbalan Presiden, menewaskan [[Musa Hitam]] daripada Pasukan B, dan Pasukan A juga memenangi 16 daripada 25 dalam Majlis Agung UMNO. <ref>Means, m.s. 204.</ref>
 
Penyokong-penyokong Razaleigh berasa susah hati tentang pemilihan ini yang mereka berkeras mengatakan telah dimanipulasi. Mahathir membuat kemarahan mereka bertambah buruk apabila beliau menyingkirkan semua ahli Pasukan B daripada [[Kabinet Malaysia|Kabinet]]nya. <ref>Means, m.s. 204&ndash;205.</ref> Oleh itu, [[UMNO 11|12 orang ahli UMNO]] mengemukakan [[tuntutan mahkamah]] di [[Mahkamah Malaysia|Mahkamah Tinggi]] untuk memperoleh perintah mahkamah yang mengisytiharkan bahawa keputusan pemilihan tidak sah supaya dapat mengadakan pemilihan yang baru. Plaintif-plaintif itu mendakwa bahawa 78 orang wakil telah dipilih daripada cawangan-cawangan yang tidak berdaftar dengan [[Pendaftar Pertubuhan Malaysia|Pendaftar Pertubuhan]] dan oleh itu, tidak berlayak mengundi. Mereka juga mendakwa bahawa beberapa dokumen mengenai pemilihan itu telah "diubah". Walaupun Razaleigh bukannya antara kedua belas plaintif itu, beliau dipercayai secara meluas sebagai pembiaya dan penyelaras tuntutan mahkamah ini. <ref>Means, m.s. 206.</ref>
 
Kemudian, salah satu daripada dua belas plaintif itu menarik diri (mereka kemudiannya dikenali [[UMNO 11]]), tetapi sebelas plaintif yang tinggal meneruskan tuntutan mahkamah mereka. Makhamah Tinggi akhirnya memberikan kedua-dua pihak dua minggu untuk mencapai penyelesaian di luar mahkamah. Sebuah "Panel Perpaduan" UMNO dibentuk untuk menangani perundingan-perundingan supaya dapat bertolak ansur. Bagaimanapun, perbezaan-perbezaan antara mereka jelas sukar diselesaikan &mdash; Pasukan B mendesak untuk mengadakan pemilihan baru, manakala Pasukan A mendesak bahawa tuntutan mahkamah ditarik balik dan satu penyelesaian menutup malu dicapai untuk membenarkan sebilangan ahli daripada Pasukan B untuk mengekalkan keahlian mereka dalam parti. Akhirnya, sebelas plaintif itu mengisytiharkan bahawa mereka akan mendapat penghakiman muktamad daripada mahkamah. <ref>Means, m.s. 215&ndash;216.</ref>
 
Ini tidak menyenangkan hati Dr. Mahathir yang pernah beberapa kali bertelingkah dengan badan kehakiman. Dalam satu peristiwa, satu perintah kerajaan yang membatalkan [[permit kerja]] untuk dua orang [[Kewartawanan|wartawan]] asing yang kritis terhadap kerajaan Mahathir telah ditolak oleh Mahkamah Agung. Mahathir memulakan bidasan-bidasan hangat terhadap badan kehakiman, dan memberitahu majalah ''[[Time (majalah)|Time]]'', "''Badan kehakiman berkata, ' Walaupun kamu meluluskan undang-undang dengan menimbangkan sesuatu, kami berfikir bahawa fikiran kamu adalah salah, dam kami hendak memberikan tafsiran sendiri.' Kalau kita tidak bersetuju, Mahkamah-mahkamah akan berkata, 'Kami akan mentafsirkan pertentangan pendapat kamu.' Kalau kami [kerajaan dan [[Parlimen Malaysia|Parlimen]]] mengikut, kami akan hilang kuasa perundangan.''" <ref>Means, m.s. 216.</ref> Mahathir juga mengecam "kambing hitam [hakim]... yang hendak... kebebasan yang keterlaluan," dan menuduh mereka kerana bermuka-muka.