Ning Baizura: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Kemaskini.
Baris 33:
Beliau mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian seawal usia empat tahun. Ketika beliau berusia sembilan tahun, beliau mula memasuki kelas vokal ''Soprano'' yang telah diajar oleh pemuzik profesional Indonesia, Siti Chairani. Pada waktu itu, beliau juga menyanyi bersama Koir Kebangsaan di [[ASWARA|Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan]] (ASWARA) dan telah ditawarkan biasiswa penuh untuk belajar dalam bidang muzik di Vienna Conservatoire tetapi terpaksa ditolak atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Setelah bakatnya digilap, akhirnya Ning telah berjaya menyertai pertandingan Voice Of Asia di [[Kazakhstan]] dan telah berjaya memenangi tempat ketiga.<ref>{{cite news|url=http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2002&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_05.htm|title=Hidup baru Ning Baizura|author=Saharudin Musthafa|publisher=[[Utusan Malaysia]]|date=17 Mac 2002|accessdate=13 Ogos 2018|url-status=dead}}</ref>
 
Ning akhirnya telah melancarkan album sulung beliau iaitu ''[[Dekat Padamu]]'' pada 1993. Lagu pertama yang telah melonjakkan nama beliau ialah "Curiga" sekaligus telah dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik di [[Anugerah Industri Muzik Pertama]], menewaskan calon lain termasuk [[Nana Nurgaya]] dan [[Leina Hangat]].<ref>Mohd Lazim Endut (9 Disember 1993). "Ning calon 'favourite'". ''Utusan Malaysia''. Dicapai pada 13 Disember 2013.</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/259528/penyanyi-baru-menang-dua-anugerah|title=Penyanyi baru menang dua anugerah|author1=Jenney Juanis|author2=Azman Samsudin|publisher=[[Berita Harian]]|date=17 Disember 1993|accessdate=19 Oktober 2020}}</ref> Selain itu, bakat luar biasa yang dimilikinya telah membawa namanya hingga merentasi ke beberapa negara seperti di [[Jepun]], [[Singapura]], [[Indonesia]], [[Brunei]] dan beberapa lagi negara lain. Ia sekaligus mengiktiraf Ning sebagai artis antarabangsa setanding dengan [[Anita Sarawak]] dan [[Sharifah Aini]].<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/885132/a-rare-songbird-that-s-ning-baizura|title=A rare songbird, that's Ning Baizura|author=Suraya Al-Attas|publisher=[[New Straits Times]]|date=26 Januari 1994|accessdate=12 Oktober 2020}}</ref>
 
Album kedua Ning, yang menggunakan namanya sebagai [[Ning (album 1994)|tajuk album]] telah dikeluarkan pada lewat 1994. Untuk album ini, beliau memilih komposer dari negara luar termasuk Jepun, Thailand dan Indonesia.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/219879/ning-baizura-pilih-pencipta-luar|title=Ning Baizura pilih pencipta luar|author=Zubairi Zabidin|publisher=[[Berita Harian]]|date=16 Julai 1994|accessdate=13 Ogos 2018}}</ref><ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19940123-1.2.19.3|title=Kejayaan Ning tidak datang bergolek|publisher=[[Berita Harian Singapura]]|date=23 Januari 1994|accessdate=23 Ogos 2018|page=9}}</ref> Single pertama yang dikeluarkan untuk album ini ialah "Kau & Aku". Lagu itu juga telah dirakamkan semula oleh kumpulan [[Kool (kumpulan muzik)|Kool]] sebagai tanda penghargaan kepada Ning. Album ini merupakan album terakhir Ning bersama Sony Music.