Suraya Yaacob: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ringkasan
Baris 1:
YB Dato' '''Suraya Yaacob''' merupakan seorang [[Ahli Dewan Undangan Negeri]] (ADUN) [[Sungai Tiang]], [[Pendang]], [[Kedah]]. Beliau merupakan Exco Wanita UMNO Malaysia, Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia dan merupakan Presiden (Penaja) MAYC Kebangsaan. [[Menteri Besar Kedah]], [[Mukhriz Mahathir]] melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Kedah. Pada peringkat parti, beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi [[UMNO]] (dipilih). Usaha yang dilakukan telah menobatkan beliau sebagai Tokoh Belia Negara pada tahun 2007.
 
Beliau juga diberi peluang untuk menjawat jawatan EXCO Bekalan Air, Sumber Asli dan Kerja Raya Kedah. Lantikkan dilakukan atas kepercayaan terhadap beliau dalam menguruskan organisasi.
 
Anak kelahiran Alor Setar ini sudah berkahwin dengan pasangan hatinya, Zulkifli Ishak dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syed Afiq dan Syed Aiman.
 
Kerjaya:
 
* ADUN Sungai Tiang (2004 hingga kini)
* Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (2013 - 2017 & 2020-kini)
* Peguam di Firma Guaman Suraya Zaida & Co
 
Jawatan dalam parti:
 
* Bekas EXCO Wanita Umno
* Ketua Penerangan UMNO Kedah
* Pengerusi Komunikasi Barisan Nasional (BNCOMM) Kedah
* Bendahari Pergerakan Puteri UMNO
* Majlis Kerja Tertinggi UMNO
* Pergerakan Wanita UMNO
 
Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:
 
* Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) (2008-2010)  
* Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (2009-2013)
* Pengurus Pasukan Bola Sepak Wanita Kebangsaan
* Ahli Jawatankuasa Pasukan Bola sepak Malaysia (FAM)
* Jawatankuasa Bola Sepak Wanita AFC
* Presiden Persatuan Bola Jaring Negeri Kedah
 
Pendidikan:
 
* Pengacara Undang-undang dari Lincoln's Inn, London (1993)
* Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Cardiff  (1992)
 
== Tokoh Belia Negara 2007 ==