Peter Chin Fah Kui: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurosagi7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kurosagi7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7:
'''Y.B. Datuk Peter Chin Fah Kui''' telah dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 31 Ogos 1945. Beliau mendapat pendidikan awal di St. Joseph Primary School dan St Joseph Secondary School. Beliau juga merupakan graduan Gray's Inns, London bidang undang-undang (Barrister-At-Law) pada tahun 1971.
 
Setelah tamat pengajian di luar negara, Y.B. Datuk memulakan kerjayanya sebagai Peguam dan Rakan Kongsi di M/s Wan Ullok Jugah, Chin & Co hingga tahun 1984. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perbandaran Miri mulai tahun [[1984]] hingga [[1987]].
Kegiatan politik beliau adalah berlandaskan platform [[Sarawak United People's Party]] (SUPP) Bahagian Miri. Beliau kini memegang jawatan Timbalan Pengurusi SUPP Cawangan Miri, Naib Pengurusi SUPP cawangan Miri, Ahli Jawatankuasa SUPP Pusat dan Penolong Setiausaha Agung SUPP Pusat.
 
Y.B. Datuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial melalui Program Lanskap di Sarawak dan Sabah, menyelaras Program Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Sarawak dan Sabah, Program Jabatan Bomba dan Penyelamat di Sarawak dan Sabah dan menjadi Presiden kepada Persatuan Pelumba Jalan Kaki Malaysia.
Baris 14:
Beliau kini juga merupakan Presiden Eastern Regional International Organisation for Planning and Housing (EAROPH) sejak tahun 2002, Presiden Hakka Miri sejak tahun 1991, Presiden Persatuan Olahraga Miri sejak 1984. Beliau juga pernah dilantik sebagai Presiden Kelab Lions Miri dan Timbalan Gabenor Lions Daerah 308.
 
Y.B. Datuk telah dilantik menjadi wakil rakyat mulai tahun [[1986]] setelah memenangi kerusi Parlimen Miri. Beliau juga berjaya mempertahankan kemenangannya itu dalam empat pilihan raya umum berikutnya (1990,1995,1999,2004). Pada tahun 2004, beliau telah menang tanpa bertanding.
Semenjak dilantik menjadi Ahli Parlimen, YB. Datuk pernah memegang tanggungjawab sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebajikan (1986-1990), Timbalan Menteri Sains, Teknologi Alam Sekitar (1990-1995), Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1995-2004) dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (2004-Kini).