Rampasan kuasa Sudan 2021: Perbezaan antara semakan

Rampasan kuasa oleh tentera di Sudan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Rampasan kuasa Sudan 2021''' ialah sebuah rampasan kuasa oleh tentera Sudan pada 25 Oktober yang menguasai pemerintah. Sekurang-kurangnya lima orang pegawai kanan pemerintahan telah ditahan. Perdana Menteri Abdalla Hamdok telah dipindahkan oleh pasukan rampasan kuasa ke lokasi yang tidak diketahui selepas beliau enggan mengisytiharkan sokongan kepada gerakan rampasan kuasa. Hamdok menyeru penentangan dari rakyat terhadap gerakan berkenaan. G...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 17:12, 26 Oktober 2021

Rampasan kuasa Sudan 2021 ialah sebuah rampasan kuasa oleh tentera Sudan pada 25 Oktober yang menguasai pemerintah. Sekurang-kurangnya lima orang pegawai kanan pemerintahan telah ditahan. Perdana Menteri Abdalla Hamdok telah dipindahkan oleh pasukan rampasan kuasa ke lokasi yang tidak diketahui selepas beliau enggan mengisytiharkan sokongan kepada gerakan rampasan kuasa. Hamdok menyeru penentangan dari rakyat terhadap gerakan berkenaan. Gangguan internet yang meluas turut dilaporkan. Pada 25 Oktober, Majlis Kedaulatan yang memerintah Sudan sejak 2019 telah dibubarkan dan darurat telah diisytiharkan. Pada hari yang sama, majoriti Kabinet Hamdok dan sejumlah besar penyokong pro-pemerintah telah ditangkap. Kumpulan awam utama termasuk Persatuan Profesional Sudan dan Angkatan Kebebasan dan Perubahan menyeru kepada ketidaktaatan sivil dan enggan bekerjasama dengan penganjur rampasan kuasa. Tunjuk perasaan besar-besaran berlaku pada 25 Oktober menentang rampasan kuasa, dengan tindak balas berdarah dilakukan oleh tentera. Tujuh orang awam terbunuh dan lebih 140 cedera semasa tunjuk perasaan pada hari itu.

Rujukan