Romulus dan Remus: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Laman baru: {{Infobox_Monarch | name =Romulus | title =Raja Rom | image =250px | reign ...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 15:04, 21 April 2008

Romulus (c. 771 SM[1]c. 717 SM) dan Remus (c. 771 BC–c. 753 SM) ialah pengasas-pengasas tradisi kota Rom, yang wujud dalam mitos Rom sebagai anak kembar[2] paderi wanita Rhea Silvia dan tuhan api, Mars. Menurut tradisi yang dicatat sebagai sejarah oleh Plutarch dan Livy, Romulus menjadi Raja Rom yang pertama.

Romulus
Raja Rom
Pemerintahan?, 753 SM - 717 SM
Pendahulutiada
PenggantiNuma Pompilius
AyahandaMars
BondaRhea Silvia

Romulus membunuh Remus dalam merebut restu dewa-dewi untuk memerintah kota baru, sekaligus menamakannya. Maka, nama yang diberikan kepada kota itu berbunyi "Rom." Kononnya, Romulus berdiri di sebuah bukit dan Remus di sebuah lagi bukit, dan selingkaran burung-burung berterbangan atas Romulus, menandakan bahawa dialah yang sepatutnya menjadi raja. Setelah mengasaskan Rom, Romulus bukan sahaja mewujudkan Legion Rom dan Senat Rom, bahkan juga menambah jumlah warga ke dalam kota barunya dengan menculik kaum wanita puak Sabine di kawasan berdekatan lalu menghasilkan campuran orang-orang Sabine dan Rom menjadi satu bangsa. Romulus kemudiannya menjadi penakluk teragung di Rom purba kerana menambah banyak wilayah dan warga ke dalam taklukan Rom.

Selepas mangkat, Romulus didewakan menjadi dewa Quirinus, iaitu persona ketuhanan bangsa Rom. Kini Romulus dianggap sebagai tokoh mitos, dan dipercayai bahawa namanya merupakan pembentukan terbalik dari nama Rom, yang mungkin sekali berasal dari suatu perkataan bagi "sungai". Sesetengah cendekiawan, khususnya Andrea Carandini percaya akan kesahihan sejarah Romulus, sebahagiannya kerana penemuan Murus Romuli di cerun utara Bukit Palatine di Rom pada tahun 1988.[3]

Romulus dan Remus merupakan antara kanak-kanak jalang yang termasyhur dalam mitos dan cereka sedunia.

Rujukan

  1. ^ Tarikh lahir sebenar Romulus dan Remus masih tidak kita ketahui. Plutarch berkata Romulus berusia 53 tahun ("dalam tahun ke-54 usianya") sewaktu meninggal dunia pada 717 SM. Jika benar, maka Romulus dan Remus mesti dilahirkan pada tahun 771 SM, lalu memulakan pengasasan Rome ketika berusia1 18 tahun.
  2. ^ Tema adik-beradik kembar dalam mitos berakar umbi dalam mitos Mediterranean: bandingkan Castor dan Polydeuces dari Sparta (Dioscuri) dan Amphion dan Zethus dari Thebes.
  3. ^ Carandini. La nascita di Roma. Dèi, lari, eroi e uomini all'alba di una civiltà (Torino: Einaudi, 1997) and Carandini. Remo e Romolo. Dai rioni dei Quiriti alla città dei Romani (775/750 - 700/675 a. C. circa) (Torino: Einaudi, 2006)

Pautan luar