Bumi Putra Rockers: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 35:
Setahun kemudian, BPR telah mendapat tawaran daripada Life Rekod (kini Life Records) untuk menghasilkan album pertama BPR di bawah label tersebut, sekaligus merupakan album kedua BPR dalam sejarah industri muzik tempatan. Maka, lahirlah album kedua BPR berjudul ''Bisa'' pada tahun 1987 di mana BPR masih lagi kekal dengan 4 orang anggota.
 
Pada awal penerbitan album ''Bisa'', album ini juga kurang mendapat sambutan sepertimana yang berlaku pada album pertama mereka sebelum ini. Namun, puncak populariti mereka akhirnya berjaya diraih setelah mereka mengadakan persembahan di '''''Pesta Hiburan Kingsway''''' yang bertempat di Padang Semarak, Kuala Lumpur di mana persembahan mereka telah ditayangkan di seluruh Malaysia melalui [[Radio Televisyen Malaysia|Radio Televisyen Malaysia (RTM)]]. Penangan daripada konsert tersebut telah menyebabkan jualan album kedua mereka meletup sehinggakan staf-staf Life Rekod terpaksa bekerja lebih masa semata-mata untuk membungkus ratusan ribu unit album tersebut. Ketika inilah BPR kembali berlima apabila mereka membawa masuk seorang kenalan mereka di Johor Bahru bernama HarunHaron Ahmad (HarunHaron) sebagai gitaris kedua BPR. Harun kemudiannya membuat debut bersama BPR menerusi album ketiga kumpulan tersebut yang dikeluarkan pada tahun 1990 berjudul ''Kelab Jiwa Luka''. Seperti yang dijangka, album ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan beberapa lagu hit, antaranya ''Dari Sinar Mata'', ''Sudah Sampai Sini'', ''Ku Tanggung Cinta Dusta Yang Membara'' dan ''Dendam Cinta Seusia Dunia''. Lagu ''Dari Sinar Mata'' ciptaan gitaris utama BPR, Awang berjaya mara ke peringkat akhir [[Anugerah Juara Lagu 1990|Juara Lagu 1990]].
 
== Anggota Kumpulan ==