Koperasi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rosy angkasa (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Rosy angkasa (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 12:
 
*'''PRINSIP KETIGA: Penglibatan Ekonomi Oleh Anggota'''
:Setiap anggota menyumbangkan modal secara saksama dan mengawal modal koperasi itu secara demokrasi. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada modal itu menjadi harta bersama koperasi itu. Pada umumnya, anggota yang menyumbangkan modal sebagai syarat keanggotaan akan menerima pulangan terhad, jika ada. Anggota akan membahagikan lebihan atau keuntungan kepada tujuan berikut: memajukan koperasi mereka mungkin melalui rezab yang sebahagian daripadanya tidak boleh diagih-agihkan kepada anggota; memanfaatkan anggota mengikut nisbah urusniaga mereka dengan koperasi itu, dan membantu kegiatan lai yang dipersetujui oleh keanggotaan.
 
*'''PRINSIP KEEMPAT: Autonomi dan Kebebasan'''
:Koperasi adalah organisasi berautonomi dan berdikari yang dikawal oleh anggotanya. Jika koperasi itu membuat perjanjian dengan organisasi lain termasuk kerajaan, atau mendapat modal daripada sumber luar, maka ia harus memelihara prinsip kawalan demokrasi oleh keanggotaan sambil autonomi koperasi itu dikekalkan.
 
*'''PRINSIP KELIMA: Pendidikan, Latihan dan Maklumat'''
:Koperasi menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya, wakil yang dipilih, pengurus serta kakitangan supaya mereka boleh menyumbangkan tenaga secara berkesan kepada pembangunan koperasi mereka. Koperasi memberi maklumat kepada rakyat umum khususnya kepada remaja dan pemimpin masyarakat.
 
*'''PRINSIP KEENAM: Bekerjasama di antara koperasi'''
:Koperasi berkhidmat kepada anggotanya dengan cara yang paling berkesan dan ia memperkukuhkan Gerakan Koperasi jikalau ia bekerja bersama-sama dengan struktur koperasi lain, setempat, nasional, serantau dan antarabangsa.
 
*'''PRINSIP KETUJUH: Berprihatin terhadap Masyarakat'''
:Koperasi berusaha untuk mendapatkan pembangunan berkekalan bagi masyarakatnya memlalui dasar-dasar yang dipersetujui oleh anggotanya.
 
== Lihat juga ==