Istana Budaya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 29:
Sejarah Istana Budaya bermula pada tahun 1964 apabila cadangan pengwujudan Pusat Kebudayaan Kebangsaan diserahkan oleh Kementerian Penerangan dan Penyiaran serta Kementerian Kebudayaan dan Kebajikan Sosial.
 
Istana Budaya diilhamkan semasa Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 sebagai wahana seni Malaysia. Pengwujudannya didahului dengan penubuhan Kumpulan Budaya Negara (KBN) pada tahun 1972 di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pada tahun 1973, KBN telah berpindah dari Jalan Ampang ke Kompleks Budaya Negara di Jalan Tun Ismail yang menumpukan kegiatannya secara professional dalam bidang seni tari dan seni muzik tradisional.
Istana Budaya mula dibina pada tahun 1995 dengan kos pembinaan sebanyak RM210 juta yang mempunyai keluasan 5.44 hektar serta keluasan lantai 21,000 meter persegi. Istana Budaya boleh dibanggakan sebagai sebuah panggung yang pertama di Asia yang mempunyai mekanisme pentas yang tercanggih untuk pementasan teater.
 
Rekabentuk bangunan ini adalah bercirikan kebudayaan Melayu. Istana Budaya terletak berhampiran Tasik Titiwangsa di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Pembinaannya telah siap pada tahun 1998.Pembukaan Istana Budaya dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1999. Nama Istana Budaya hanya muncul setelah ia dirasmikan pada 15 September 1999 dimana sebelumnya ia dirujuk sebagai Panggung Negara <ref>https://www.klik.com.my/item/story/739839/building-for-the-arts</ref>. Kabinet telah memutuskan pemansuhan penggunaan nama Panggung Negara kepada ISTANA BUDAYA secara rasmi pada tahun 2000.
 
==Objektif==