Hinduisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 2 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 12:
Orang Aryan menyebut agama mereka sebagai Arya [[Dharma]] - agama orang Aryan. Mereka langsung tidak mengenal perkataan 'Hindu'. Perkataan [[Dharma]] dalam konteks ini bermaksud agama atau tugas-tugas agama. Orang Aryan juga memanggil agama mereka sebagai Manava [[Dharma]] yang bermaksud 'Agama untuk Manusia' iaitu agama ini bukan sahaja untuk orang Aryan tetapi untuk seluruh umat manusia. Satu lagi nama untuk agama ini ialah [[Sanatana Dharma]] - Agama yang Abadi, yakni agama mereka berasaskan kepada kebenaran abadi. Secara tidak langsung, agama Arya atau agama Hindu membawa maksud yang sama.
 
Salah sebuah negara yang berdekatan dengan India purba ialah Persia. Sungai Indus (Sindhu dalam [[bahasa Sanskrit]]) menjadi sempadan antara Persia dan Aryavarta (nama India purba). Orang Persia menyebut huruf 'S' sebagai 'H', maka Sindhu menjadi Hindhu. Demikian, agama penduduk India menjadi agama Hindu.
 
Perkataan Hindu '[[Dharma]]' mempunyai maksud yang mendalam dan lebih luas berbanding perkataan 'agama'. [[Dharma]] berasal dari akar [[bahasa Sanskrit]] 'dhri' (untuk berpegang). Maka, [[Dharma]] bermaksud apa yang dipegang oleh sesuatu kehidupan. Semua benda dalam alam semesta ini mempunyai Dharmanya sendiri kerana kewujudan semua perkara atau benda bergantung kepada sesuatu yang lain. Terhadap apakah kewujudan sesuatu benda bergantung? Sifat semulajadi sesuatu benda menentukan kewujudan benda itu iaitu tanpanya benda itu tidak boleh wujud. Misalnya, kuasa pembakaran adalah dharma api; sifat tidak boleh bergerak adalah dharma benda bukan hidup. Manusia juga mempunyai sifat semulajadinya, yang membezakan manusia dengan semua benda hidup lain. Sifat semulajadi itulah yang menjadi [[Dharma]] manusia dan ini dikenali sebagai mānava [[Dharma]].
 
== Pengasas ==
Baris 57:
 
=== Samsāra, Kelahiran Semula dan Doktrin Karma ===
* Perkataan 'samsāra' adalah amat penting dalam kamus Hinduisme. ‘Samsāra’ berasal daripada perkataan [[Bahasa Sanskrit|Sanskrit]] ‘sri’ bermaksud melalui dan ‘sam’ bermaksud dengan bersungguh-sungguh. Menurut agama Hindu ([[Bhagavad Gita]] VIII.16), manusia perlu melalui beberapa kelahiran di bumi dan di alam lain. Kelahiran semula roh (samsriti) ialah maksud sebenar perkataan samsāra.    
* Seluruh pendirian Hinduisme, bergantung kepada idea samsāra ini. Perkataan ini juga merangkumi seluruh perspektif kehidupan seorang Hindu. Mengapa melakukan upacara kematian Sraddha untuk saudara-mara yang telah meninggal dunia? Kerana orang Hindu percaya bahawa mereka masih hidup dalam alam lain atau di bumi ini dalam badan yang lain. Kenapa seorang wanita Hindu mengambil ikrar brahmacharya selepas kematian suaminya? Kerana dia berharap untuk bertemu semula dengan suaminya selepas kematiannya sekiranya dia menjalani kehidupan yang suci. Orang Hindu melakukan pelbagai kebajikan dan aktiviti amal kerana mereka percaya pahala yang terkumpul akan memberikan mereka nikmat selepas kematian. Mereka mengelakkan perbuatan yang keji atau dosa kerana mereka akan laknat selepas mati. Demikian, banyak kepercayaan dan upacara amal orang Hindu dipengaruhi oleh idea samsāra.   
* Manusia tidak akan lenyap selepas kematian. Sebelum hidup ini, manusia telah melalui pelbagai bentuk kehidupan lain. Dalam [[Bhagavad Gita]] IV.5, Bhagavan [[Sri Krishna]] berkata kepada Arjuna, '''Wahai Arjuna, kita telah melalui beberapa kelahiran sebelum ini. Cuma saya masih mengingatinya, tetapi kamu tidak.''’ Sri Krishna juga meneruskan lagi, ‘''Sesungguhnya kelahiran diikuti dengan kematian, dan kematian diekori dengan kelahiran''.’ ([[Bhagavad Gita]] II.27) Kelahiran berulang kali tidak dapat dielakkan selagi roh menyedari Ketuhanannya. Seseorang lahir dengan badan baru dan tinggal beberapa lama sehingga badan menjadi uzur dan akhirnya mati. Namun, roh tidak berubah. Apabila badan yang dihuninya tidak boleh digunakan lagi, roh keluar dari badan itu. Selepas beberapa lama di alam lain untuk menikmati pahala atau dosanya, roh akan lahir semula dalam badan baru. Oleh itu, alam lain itu dikenali sebagai [[bhogabhumi]] (bumi pengalaman). Bumi kita di mana roh lahir untuk mencari kesempurnaan dinamakan [[karmabhumi]] (bumi tindakan). Selagi roh mencapai kesempurnaan, kelahiran semula tidak boleh dielakkan. Selama itu, roh dikatakan berada dalam pengabdian (baddha). Keperluan untuk melalui pelbagai dunia (samsara) adalah suatu pengabdian.  
Baris 87:
=== Veda atau Śruti ===
[[Veda]] ialah ayat-ayat suci yang didedahkan kepada golongan
[[Rishi]]. Ayat-ayat suci ini dipercayai telah sedia wujud dan didengar oleh golongan [[Rishi]]. Oleh itu, [[Veda]] dikenali sebagai [[Veda|Ṥruti (]]<nowiki/>bermaksud sesuatu yang 'didengar') [[Veda]] ialah [[apauruṣeya]] bermaksud bukan ciptaan manusia. Perkataan [[Bahasa Sanskrit|Sanskrit]] Veda bermaksud ilmu. Golongan [[Rishi]] <nowiki/>enggan
untuk menulis ayat-ayat suci ini kerana kesalihannya. Mereka menghafal
ayat-ayat ini dan mengajarnya secara lisan kepada pengikut-pengikut mereka. Demikian,
Baris 95:
daya ingatan yang kuat. [[Brahmacharya]] ialah pengumpulan tenaga dengan mengawal
nafsu syawat. Menurut Pātanjala Yogasūtra, Sādhanapāda, Ayat 38, ''“Brahmacharyapratishthāyam
vīryalābhah” (''Tenaga diperolehi dengan amalan [[Brahmacharya]]).  Menurut golongan [[Rishi]], seseorang yang''
mengawal nafsu syawatnya dan tidak membazirkan tenaga dengan aktiviti seksual
akan mempunyai daya ingatan yang tinggi. Selain itu, amalan [[Brahmacharya]] juga memanjangkan
Baris 108:
Veda]], [[Yajur Veda]], dan [[Atharva Veda]]. Menurut [[Vishnu Purana]], [[Veda Vyasa|Vyasa]] dibantu oleh
empat orang pengikutnya dalam mengumpul Veda. Paila membantunya untuk mengumpul
Rig Veda; [[Vaisampāyana]] mengumpul Yajur Veda, Jaimini mengumpul Sama Veda dan
Sumantu mengumpul Atharva Veda.<ref>Swami Bhaskarananda, The Essentials of Hinduism, ms.12</ref>
 
Baris 119:
 
Ajaran utama [[Veda]] ialah bahawa semua dan setiap jiwa adalah
tuhan – ''Sarvam Kalvidam Brahma'' (“Sesungguhnya, segala-galanya ialah Tuhan”) .
Terdapat empat ayat-ayat utama Veda yang dikenali sebagai Mahāvākyas atau ‘Maha
Ayat-ayat’ iaitu:
Baris 136:
Semua kitab-kitab suci Hindu, kecuali Darsana dan [[Tantra]], boleh dikelaskan kepada dua kategori: [[Veda]] atau Sruti dan Smriti. Ayat-ayat
suci Veda adalah otoriti yang mutlak.  Smriti
pula ialah otoriti sekunder. Semua sastera agama seperti dharmasūtras, [[Purana]], Itihāsa (epik), [[Tantra]] and [[Āgama]] jatuh di bawah kategori Smriti. Semua kitab-kitab sekunder ini mendapat otoritinya daripada [[Veda]]. Oleh itu, selagi sumber sekunder ini tidak bercanggah dengan Veda, ia diterima sebagai otoriti yang sah.
 
Smriti juga mempunyai maksud teknikal. Ia bermaksud buku
Baris 147:
=== Purāṇa ===
Maksud-maksud mendalam kitab-kitab suci adalah agar sukar
difahami. Tanpa dharana shakti yang diperolehi dengan amalan [[Brahmacharya]],
manusia biasa tidak boleh memahami maksud tersembunyi [[Veda]] atau [[Upanishad]]. Oleh
itu, golongan Rishi menghasilkan sejenis sastera khas yang dikenali sebagai [[Purana|Purāṇa]].
Baris 153:
popular, menarik dan mudah difahami oleh manusia biasa. Purāṇa wujud dalam
bentuk cerita dan perumpamaan. Terdapat lapan belas Purāṇa, antara yang popular
ialah [[Vishnu Purāṇa|''Vishnu Purāṇa'']], ''[[Bhagavata Purāṇa,]] [[Skanda Purāṇa]], [[Vayu Purāṇa]], [[Padma Purāṇa]], [[Markandeya Purāṇa]]'' dan ''[[Agni Purāṇa]]''. Sebahagian [[Markandeya Purāṇa|''Markandeya Purāṇa'']] amat popular dalam kalangan masyarakat Hindu sebagai [[Devi Mahatmyam|''Devi Mahatmyam'']] atau ''[[Chandi]]''.
 
Secara amnya, perkataan '[[Purana|Purāṇa]]' diperolehi dengan dua cara: purāa bhavam ('naratif zaman silam') dan purā api navam ('sesuatu yang masih baru dalam zaman silam'). Maka, purana boleh bermaksud sesuatu kisah zaman silam, tetapi masih relevan pada semua zaman.
 
===== Ciri-ciri umum Purāṇa =====
Sebuah [[Purana|Purāṇa]] dikatakan mengandungi lima ciri-ciri yang menjelaskan: sarga (ciptaan), pratisarga (ciptaan pertengahan), vamśa (dinasti dewa-dewa dan raja-raja), manvantara (empat belas Manu dan zaman-zaman mereka), vamśānucarita (genealogi raja-raja dinasti solar dan lunar). Kadang-kadang beberapa ciri lain ditambah seperti rakṣā (fungsi perlindungan alam semesta oleh Tuhan), saṁsthā (pralaya atau pemusnahan alam semesta), hetu (sebab ciptaan , iaitu jiwa dan karma), vṛtti (penyaraan kehidupan), apāśraya (perlindungan atau Brahman). Kecuali Vishnu Purāṇa, ke semua ciri-ciri ini tidak dibincangkan oleh Purāṇa-Purāṇa lain.
 
Selain lima ciri-ciri umum ini, terdapat beberapa perkara lain yang dibincangkan seperti śrāddha (upacara kematian), kewajiban setiap varṇa and āśrama, tīrtha (tempat-tempat suci), dan penyembahan imej-imej Tuhan. Beberapa buah Purāṇa juga memainkan peranan dalam penyebaran mazhab-mazhab tertentu misalnya, [[Saivisme|Śaivisme]] atau [[Vaishnavisme|Vaiṣṇavisme]]. Informasi-informasi dalam pelbagai bidang sekular seperti [[Ayurveda]], arkitektual, perancangan bandar, ilmu ramalan, juga dimuatkan dalam sesuatu Purāṇa.
Baris 167:
utama yang mulia yang dianggap sebagai idola bagi orang Hindu.
 
Menurut definisi yang diberikan dalam bahasa [[Bahasa Sanskrit|Sanskrit]], sebuah itihasa mesti mengandungi topik-topik yang merangkumi empat puruṣārtha iaitu [[dharma]], artha, [[kāma]] dan [[Moksha|mokṣa]]. Secara amnya, topik-topik ini dibincangkan melalui cerita-cerita yang berlaku pada zaman silam.
 
Perkataan 'itihasa' dan 'puraṇa' telah digunakan dalam sastera [[Veda]] (vide [[Atharva Veda]] 15.6.4; Satapatha Brahmana 13.4.3.12; Brhadaranyaka Upanishad 2.4.10).
Baris 190:
 
=== Pancharātra Samhitā dan Shaiva Āgama ===
Seperti [[Tantra]], wujud dua jenis sastera lain yang dinamakan ''[[Pancharātra Samhita]]'' golongan [[Śri Vaiṣṇava|Vaishnava]] dan Shaiva Āgama. Seperti Tantra, sastera-sastera ini juga mengutarakan amalan dan doktrin agama yang sesuai untuk zaman Kali. Walaupun kedua-dua sastera ini tidak bergantung kepada otoriti Veda, ia masih tidak bercanggah dengan ajaran Veda. Satu lagi ciri khas sastera ini ialah semua orang tanpa menggira kasta dan jantina boleh mempelajarinya selepas upacara Diksha.
 
Pancharātra Samhita mempunyai dua ratus lima belas kitab berasingan. Namun, antara kitab yang popular ialah: ''Ishwara, Paushkara, Parama, Sāttwata, Brihad-Brahma'' dan ''Jnanāmritasāra Samhita''. Ishwara Samhita telah dirujuk oleh Yamunacharya sementara ''Paushkara, Parama'' dan ''Sāttwata Samhita'' dirujuk oleh [[Ramanujacharya]]. ''Jnanāmritasāra Samhita'' telah diterbitkan dengan nama ''Nārada Pancharātra''.<ref>Swami Nirvedananda, Hinduism at a Glance, ms.32-33</ref>
Baris 197:
 
== Konsep Tuhan ==
Sejak awal lagi, Hinduisme telah mengalami banyak evolusi berterusan. Pada zaman awal tamadun mereka, orang Hindu dipercayai telah menyembah bumi, air, api, langit, angkasa, angin, matahari, kilat dan alam sekitar sebagai tuhan. Ayat-ayat suci [[Veda]] selain menyembah elemen-elemen alam sebagai tuhan, setiap tuhan ini juga dirujuk sebagai Tuhan Yang Agung, Tuhan Pencipta Alam. Menurut ahli Indologi Jerman [[Max Muller]], nenek-moyang awal orang Hindu bukan beragama politistik, tetapi henotistik.
 
Secara beransur-ansur, masyarakat Indo-Aryan menemui asas yang sama disebalik pelbagai tuhan-tuhan ini.<ref>Swami Bhaskarananda, The Essentials of Hinduism, ms.65</ref> [[Rig Veda|Nasadiya Sutra]], atau "Ayat-ayat Suci Ciptaan" dalam [[Rig Veda]] memberikan gambaran yang cantik mengenai suatu unsur yang purba dan amat abstrak dengan kata nama ITU, dari mana dunia wujud. Unsur ini ialah Kesedaran Tulen atau Roh. Dalam bahasa [[Bahasa Sanskrit|Sanskrit]] Veda, Itu dipanggil sebagai [[Brahman]].
 
Ayat suci [[Rig Veda]] yang berbunyi "Ekam Sad vipra bahudha vadanti"<ref>Rig Veda 1.164.46</ref> - yang bermaksud "Hanya ada satu kebenaran tetapi para orang bijaksana menyebut-Nya dengan banyak nama," bukan sahaja menekankan konsep Tuhan Yang Maha Esa, tetapi ayat suci ini juga menjadi asas kepada sifat terbuka dan toleransi umat Hindu.
Baris 257:
(''Artikel utama:'' [[Avatar|Avatara]])
 
Konsep '[[Avatar|Avatara]]' atau Jelmaan Tuhan merupakan salah satu kepercayaan penting dalam agama Hindu. Teori Avatara telah julung kali diperkenalkan dalam [[Bhagavad Gita]]. "Bila-bila kebaikan atau Dharma merosot dan kejahatan atau adharma bermaharajalela, Aku menjelma. Demi mengembalikan kebaikan, menghapuskan kejahatan, Aku menjelma dalam setiap zaman (Yuga)."<ref>Bhagavad Gita, 4.7.8</ref> Itulah yang dijanjikan oleh Tuhan dalam Jelmaan-Nya sebagai [[Sri Krishna]].
 
Tuhan memahami kelemahan manusia. Maka, demi berbuat baik kepada dunia, Tuhan menjelma di bumi. [[Falsafah Vedanta|Vedanta]] mengakui bahawa walaupun Tuhan Maha Berkuasa dan Maha Mutlak, Dia menjelma sebagai dunia. Maka, tiada apa-apa yang pelik dalam doktrin [[Avatar|Avatara]] bahawa Tuhan boleh mengambil sesuatu rupa yang unik dan pada masa yang sama, sedar akan Ketuhanan-Nya. Satu lagi keistimewaan doktrin ini ialah bahawa Tuhan menjelma atas kehendak sesuatu zaman dan tempat. Tidak ada sebarang sekatan tentang bilangan atau tempat Jelmaan wujud. Satu-satunya faktor penentuan ialah kemerosotan dharma (kebaikan) dan peningkatan adharma (kejahatan).
 
Antara Avatara yang popular adalah: [[Vamana]], [[Parasurama]], [[Rama|Sri Ramachandra]], dan [[Sri Krishna]].
 
=== Dewa-Dewi ===
Baris 267:
Beberapa orang yang layak dan
banyak melakukan kebaikan dan kebajikan di bumi juga dinaikkan pangat selepas
kematian mereka. Mereka mendapat badan yang diperbuat daripada cahaya. Perkataan [[Bahasa Sanskrit|Sanskrit]] ''div'' bermaksud “untuk bersinar”. Oleh itu, mahkluk-mahkluk ini dikenali
sebagai Dewa (lelaki) dan Dewi (perempuan).  
 
Baris 286:
Dari mula hingga akhir, ritual Hindu adalah bertujuan untuk menyucikan hati dan pemikiran manusia. Nampaknya, ritual-ritual ini tidak ada tujuan lain.
 
Sejak zaman [[Atharva Veda]] dan kemudiannya dalam [[Tantra]], memang wujud beberapa upacara sihir. Upacara-upacara amal ini adalah untuk memusnahkan musuh seseorang, untuk mencapai sesuatu benda, untuk menyembuhkan sesuatu penyakit atau untuk mengelakkan nasib buruk. Selagi kitab-kitab suci membenarkan sesuatu perkara, upacara-upacara ritual ini yang diamalkan oleh pengikut-pengikut Pravritti Marga tidak membahayakan. Mungkin seorang musuh sosial perlu dihapuskan demi ketenteraman awam. Dalam keadaan begini, kerohanian orang yang mengamalkan ilmu sihir tidak akan terjejas. Namun, orang-orang yang lemah dan tidak suci, kemungkinan akan menyalahgunakan ilmu ini. Mereka mungkin akan menggunakan ilmu sihir untuk memuaskan nafsu yang keji dan kepentingan diri sendiri. Dalam keadaan begini, kemungkinan kerohanian akan terjejas.
 
Selain daripada ini, semua ritual lain adalah baik untuk kerohanian. Ritual-ritual ini menyucikan hati dan minda seseorang, dan ini adalah satu langkah penting dalam mencapai kesedaran Tuhan.
Baris 344:
Dalam zaman purba, kebanyakan masyarakat Indo-Aryan memakan daging dengan beberapa syarat tertentu.<ref>''The Laws of Manu'', V/18,22-23</ref> Hanya binatang-binatang tertentu boleh dimakan selepas dipersembahkan kepada Tuhan, Daging yang tidak dipersembahkan kepada Tuhan (dikenali sebagai ''vrithā mānsa'') dianggap tidak sesuai untuk dimakan. Dengan cara ini, penyembelihan binatang untuk tujuan pemakanan dikawal. Tambahan pula, upacara korban binatang yang dilakukan di hadapan Tuhan dianggap secara simbolik sebagai memusnahkan sifat kehaiwanan dalam manusia dan membantu perkembangan manusia ke suatu tahap yang mulia.
 
Namun, harus ditekankan di sini bahawa meskipun agama Hindu membenarkan upacara korban binatang, perbuatan ini tidak digalakkan. Malah, kitab-kitab [[Tantra]] juga membenarkan upacara korban secara simbolik dengan menggunakan buah labu, labu air atau buah-buahan lain sebagai ganti.
 
Pada hari ini, masyarakat Hindu jarang melakukan upacara korban binatang. Kebanyakan masyarakat Hindu mengamalkan pemakanan vegetarian. Segelintir orang Hindu yang masih memakan daging pula membelinya dari pasar.
Baris 387:
==== Tīrtha yang Popular ====
Tempat-tempat suci yang popular boleh dikelaskan seperti ini:
* Bandar-bandar purba yang disebut dalam [[Purana|''Purana'']] seperti [[Varanasi, Cantonment|Varanasi]] (Kashi), Allahabad ([[Prayagraj|Prayag]]), [[Hardwar|Haridwar]], [[Rishikesh]][[Mathura, Mathura|Mathura]], [[Vrindavan]], dan [[Ayodhya]].
* Char Dham (Empat Tempat Suci yang terkenal): Bandar [[Puri]][[Rameswaram, Ramanathapuram|Rameswaram]][[Dwarka]],dan [[Badrinathpuri|Badrinath]] (atau kadang-kadang Badrinath, Kedarnath, Gangotri, dan Yamunotri)
* Kumbha Mela: perayaan [[Kumbh Mela|Kumbha Mela]] ialah salah satu perayaan Hindu yang amat popular. Perayaan ini diadakan setiap dua belas tahun dan menarik jutaan penganut Hindu. Lokasi Kumbha Mela bersilih ganti antara Allahabad[[Prayagraj|Prayag]][[Hardwar|Haridwar]], [[Nashik]], dan [[Ujjain]].
* Bandar-Bandar Kuil Besar: [[Puri]] iaitu bandar kuil [[Jagannath]] dan perayaan Ratha Yatra; Katra, kuil Vaishno Devi; [[Madurai]], kuil Meenakshi Amman; Tirumala - [[Tirupati]], kuil Tirumala Venkateswara; dan [[Sabarimala]], kuil Swami Ayyappan.
* Shakti Peetha: tempat suci yang berkaitan dengan ''Shakti Peethas'', di mana Dewi [[Shakti]] disembah. Antara Shakti Peethas yang popular ialah Kalighat ''(di [[Kolkata]])'' and ''[[Kamakhya]].''
*'''Dvadasa Jyotirlinga Sthalas''': Dua belas kuil Jyotirlinga.
*'''Panchabhoota Sthalas''': Dua belas kuil Sivalinga yang berkaitan dengan lima elemen.
Baris 511:
 
=== Makanan ===
* Makanan atau 'Anna' dan 'Āhāra' dalam [[bahasa Sanskrit]] merupakan sebuah topik yang popular dalam kitab-kitab suci agama Hindu. Upanishad sering kali menggunakan perkataan 'Anna' untuk merujuk kepada makanan dan juga apa-apa sahaja yang dinikmati atau dialami. Secara umumnya, semua jirim juga dirujuk sebagai 'Anna'. Dalam proses ciptaan, 'Anna' ialah penjelmaan Atman yang paling rendah.
* Makanan bukan sahaja memberi khasiat kepada badan tetapi juga untuk minda. Maka, kebersihan dan kesucian makanan diutamakan dalam semua kitab-kitab suci Hindu.
* Menurut kitab-kitab suci Hindu, terdapat hubungan yang rapat antara badan dan minda. Sebenarnya minda ialah sebuah peti simpanan semua hasil karma seseorang. Karma yang menentukan badan dan masa depan seseoang dalam kelahiran semulanya. Apabila seseorang mati, cuma badannya yang musnah tetapi mindanya akan berpindah bersama-sama rohnya ke badan lain. Maka, minda memainkan peranan penting dalam menentukan badan yang seseorang perolehi dalam kelahiran semulanya. Dalam konteks ini juga, makanan memainkan peranannya. Kualiti makanan menentukan kualiti pemikiran dan minda seseorang.
Baris 519:
* Oleh kerana makanan disanjung tinggi oleh Hinduisme, terdapat beberapa mantera untuk persembahan ritual makanan dan juga mantera untuk disebut sebelum makan.
* ''[[Anna Sūkta]]'' ('Mantera untuk makanan') dalam ''[[Rig Veda|Ṛgveda Samhitā]]'' (1.187.1-11) ialah sebuah mantera yang harus dibacakan untuk menyucikan makanan. Menurut rishi Śaunaka (dalam Ṛgvidhāna 1-27), ''Anna Sūkta'' harus dibaca setiap hari sebelum makan. Bacaan mantera ini akan menyucikan makanan, menghapuskan sebarang kekotoran dalam makanan, dan memastikan makanan itu berkhasiat.
* [[Annapūrṇā]] ialah dewi untuk makanan dan suatu aspek Śakti. Annapūrṇā mengawal makanan dan memberikan makanan kepada dunia. Biasanya, Annapūrṇā digambarkan sebagai dewi bertangan empat. Menurut tradisi, Annapūrṇā telah memberikan makanan kepada [[Mahadeva|Śiva]] ketika Śiva sedang merayau sebagai seorang fakir. Dengan memuja dewi ini, seseorang tidak akan mengalami kebuluran, Kuil Annapūrṇā yang popular terletak di Kāsī ([[Varanasi., Cantonment|Varanasi]] atau Benaras moden di [[Uttar Pradesh]]). Perayaan Annapūrṇā biasanya diraikan dalam bulan Caitra (April), terutamanya di Bengal, India.
* Makanan dikelaskan kepada tiga kumpulan: [[Sattva|Sāttvika]], [[Rājas|rājasika]] dan [[Tāmas|tāmasika]] ([[Bhagavad Gita|''Bhagavad Gita'']] 17.7-10). Makanan sāttvika memberikan umur yang panjang, badan yang sihat dan kuat serta kegembiraan. Makanan rājasika menghasilkan nafsu yang membawa kepada penderitaan dan kesengsaraan. Makanan tāmasika pula menyebabkan kelesuan, kemalasan, dan mengantuk. Senarai panjang tiga kumpulan makanan ini juga diberikan oleh kitab-kitab suci. Selain itu, peraturan tentang kuantiti makanan, teman, masa dan tempat untuk makan juga ditetapkan.
* Pemakanan yang sederhana digalakkan. Sebelum melakukan disiplin kerohanian, seseorang tidak harus makan. Gerhana bulan dan gerhana matahari dipercayai mempunyai kesan buruk terdapat makanan. Oleh itu, seseorang tidak harus makan ketika gerhana.