Ekstradisi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 4:
Sepersetujuan dalam [[undang-undang antarabangsa]] adalah bahawa setiap [[negara]] tidak diwajibkan menyerahkan mana-mana penjenayah kepada negara asing. Ini berdasarkan salah satu prinsip [[kedaulatan]] yang memberikan setiap negara autoriti undang-undang terhadap orang-orang di dalam sempadannya. Ketiadaan kewajipan antarabangsa tersebut serta keinginan negara untuk memperoleh hak menuntut penjenayah negara asing telah menyebabkan banyak perjanjian serah balik diikat; kebanyakan negara di seluruh dunia telah memeterai perjanjian serah balik dwipihak dengan kebanyakan negara yang lain. Walaupun demikian, masih tidak adanya satu negara di dunia ini yang berjaya mengikat perjanjian serah balik dengan semua negara yang lain; misalnya, [[Amerika Syarikat]] masih tidak mempunyai perjanjian serah balik dengan melebihi 50 buah negara, termasuk [[Republik Rakyat China]], [[Namibia]], dan [[Korea Utara]].
 
Adanya dua jenis perjanjian serah balik, iaitu perjanjian senarai dan perjanjian dwikriminaliti. Yang paling biasa dan tradisional ialah perjanjian senarai yang mengandungi senarai jenayah yang seseorang yang disyakiboleh akanmengakibatkan diserahserah balik. Perjanjian dwikriminaliti yang diamalkan sejak dekad [[1980-an]] umumnya membenarkan penyerahan balik seseorang penjenayah yang disyaki hanya jika hukumannyahukuman melebihyang terbabit melebihi setahun pemenjaraan dalam kedua-dua negara. Kekadangnya, tempoh pemenjaraan yang disetujui antara kedua-dua negara itu berbeza-beza. Bagi kedua-dua jenis perjanjian, jika sesuatu perlakuankesalahan yang dilakukan bukannya jenayah dalam kedua-dua negara, maka kesalahan yang dilakukan itu tidak akan menyebabkan penyerahan balik.
 
Secara amnya, sesuatusetiap perjanjian serah balik memerlukan sesebuah negara yang meminta penyerahan balik berupaya membuktikan bahawa:
* Jenayah yang berkenaan adalah cukup serius.
* Terdapatnya kes ''[[prima facie]]'' terhadap orang yang dimintai.
* PerlakuanKesalahan yang berkenaan merupakan jenayah di kedua-dua negara.
* Orang yang diserah balik boleh mendapatmenerima pembicaraan yang agak adil di negara penerima.
* Hukuman yang mungkin akan dikenakan adalah selarassetimpal dengan jenayah yang dilakukan.
<!----
===Restrictions===