Trek berantai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{short description|System of vehicle propulsion}} 300px|thumb|Trek berantai pada [[jentolak]] thumb|right|Sebuah [[traktor pertanian dengan trek getah, sedang membajak tanah]] thumb|Kenderaan berunut Rusia direka untuk beroperasi di salji dan [[paya]] File:Challenger 1 suspe...'
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 12:02, 16 November 2021

Trek berantai, roda berantai atau roda berunut ialah satu sistem pendorong kenderaan yang digunakan pada kenderaan berlandasan, bergerak atas tapak gegelang bersambung atau plat runut yang dipacu oleh dua roda atau lebih. Luas permukaan trek yang besar menggerakkan berat kenderaan itu dengan lebih baik daripada tayar besi atau tayar getah pada kenderaan yang setara, membolehkan kenderaan roda berantai melintasi tanah lembut dengan sedikit keberangkalian tersangkut akibat terjerlus.

Trek berantai pada jentolak
Sebuah traktor pertanian dengan trek getah, sedang membajak tanah
Kenderaan berunut Rusia direka untuk beroperasi di salji dan paya
Sebuah kereta kebal Challenger 1 Tentera Darat British

Roda berantai moden boleh dibuat dengan tali sawat getah sintetik lembut, diperkukuh dengan wayar keluli, dalam kes jentera pertanian yang lebih ringan. Jenis klasik yang biasa ialah runut berantai padu yang diperbuat dari plat keluli (dengan atau tanpa pad getah), juga dipanggil jejak caterpillar atau jejak kereta kebal,[1] yang diutamakan untuk jentera pembinaan dan kenderaan tentera yang tahan lasak dan berat.

Tapak plat logam yang utama adalah tahan haus dan tahan kerosakan, berbanding dengan tayar getah. Tapak runut yang agresif memberikan cengkaman yang baik pada permukaan lembut tetapi boleh merosakkan permukaan berturap, maka sesetengah trek logam boleh dipasang pad getah untuk digunakan pada permukaan berturap. Selain dari tali getah lembut, kebanyakan runut berantai menggunakan mekanisma keras untuk menggerakkan beban secara sama rata keseluruh ruang antara roda bagi perubahan yang minimum, supaya kenderaan yang paling beratpun boleh bergerak dengan mudah, seperti sebuah kereta api atas landasannya yang lurus.

Mekanisma keras pertama kali diberikan bentuk fizikal oleh Hornsby & Sons pada tahun 1904 dan kemudian dipopularkan oleh Syarikat Traktor Caterpillar, dengan kereta kebal muncul semasa Perang Dunia I. Hari ini, ia biasanya digunakan pada pelbagai kenderaan, termasuk kereta salji, traktor, jentolak, jengkaut dan kereta kebal. Walaubagaimanapun, idea trek berantai boleh dikesan semula sehingga tahun 1830an.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan stith tidak disediakan

Pautan luar

Klip video

Templat:Robotics