Susan Lankester: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 42:
}}
 
'''Susan Lankester''' (lahir 30 Jun 1962) ialah seorang pelakon [[Malaysia]]<ref>[http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/4/6/sundaymetro/20815260&sec=sundaymetro Labour of love] theStar online</ref> yang mula dikenali menerusi filem tahun 1983 berjudul ''[[Mekanik (filem)|Mekanik]]'' arahan [[Othman Hafsham]] di mana menerusi lakonan debutnya itu beliau dicalonkan untuk kategori [[Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM)|Pelakon Pembantu Wanita Terbaik]] di [[Festival Filem Malaysia ke-4]]. Menerusi filem tersebut Susan cukup dikenali menerusi dialog "Orang putih ke, orang biru ke, kita orang Malaysia kan?" yang menjadi sebahagian daripada dialog filem popular. Beliau sekali lagi dicalonkan dan memenangi anugerah tersebut pada [[Festival Filem Malaysia ke-11|1994]] menerusi lakonan hebatnya sebagai ketua editor majalah wanita dalam filem ''[[Femina]]''.
 
Watak komedinya dalam siri komedi ''2+1'' bersama Imuda pernah melayakkan beliau bertanding dalam kategori [[Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH)]] pada tahun 1993.{{fakta}}. Namun selepas kejayaan sitkom tersebut, Susan mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada TV dan filem ekoran sering mendapat watak-watak yang klise. Beliau menumpukan kepada projek-projek teater dan perniagaan sendiri selama lebih 12 tahun. Pada tahun 2010, beliau membuat kemunculan membawakan watak [[Natrah|Adeline Hunter Bertorgh]] dalam pementasan teater ''[[Natrah]]'' arahan [[Erma Fatima]]. Beliau juga muncul dalam sitkom bertemakan mokumentari berjudul ''Keluarga Iskandar'' memegang watak sebagai Kamariah Abdullah di mana beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Komedi Wanita Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2013. Disamping itu Susan juga pernah bergelar menyanyi, dan cukup popular menerusi kolaborasinya bersama [[SM Salim]] menerusi lagu "Dilema".