Wikipedia:Dasar nama pengguna: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
thomasjunari@gmail.com
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Hasley (bincang | sumb.)
k Reverted edits by 2001:E68:4720:B391:B1AC:761D:67A4:D86D (talk) to last version by Wiki Farazi: unexplained content removal
Baris 1:
{{Panduan}}
'''Nama pengguna''' ialah nama yang anda daftarkan untuk log masuk wikipedia. Anda boleh mecipta suatu nama pengguna untuk diri anda untuk kegunaan anda di wikipedia. Pada umumnya, anda boleh mencipta nama pengguna menurut kesukaan sendiri dengan syarat tidak menggunakan nama pengguna yang menjelikkan. '''Nama pengguna yang menjelikkan''' merujukkan kepada nama-nama yang membawa maksud yang boleh membangkitkan emosi negatif pada seseorang manusia. Biasanya, nama ini membawa maksud yang negatif dari segi denotasi mahupun konotasi. Dengan lebih lanjut lagi, contoh bagi nama yang menjelikkan adalah seperti berikut:
 
*'''Nama yang membayangkan sesuatu [[jenayah]].'''
*'''Nama yang mempunyai maksud untuk menghina seseorang.'''
*'''Nama yang mempunyai maksud tidak sopan.'''
*'''Nama yang berbau [[pornografi]] (mengandungi perkataan yang lucah).'''
*'''Nama yang membayangkan sesuatu bencana.'''
*'''Nama yang bersifat promosi.'''
*'''Nama yang mengelirukan.'''
 
Peciptaan nama pengguna yang baik merupakan permulaan yang baik untuk anda di Wikipedia. Maka, kita semua berharap semua orang akan mempunyai nama yang baik di Wikipedia!
 
== Panduan untuk pengguna baharu ==
Secara ringkasnya, dasar nama pengguna [[Wikipedia Bahasa Melayu]], nama pengguna anda mesti mewakili anda sebagai seseorang individu. Nama pengguna yang tidak dibenarkan di dalam Wikipedia ialah nama pengguna yang mewakili sesebuah nama syarikat, organisasi, [[laman web]], kumpulan muzik, pasukan, atau kumpulan kreatif. Selain itu, nama pengguna yang bersifat promosi atau pernampakan seperti [[WP:IKLAN|mengiklankan, mempromosikan]], menjual sesuatu barang atau item juga tidak dibenarkan. Anda akan '''disekat dengan segara''' jika nama pengguna anda dapat menyinggungkan perasaan pengguna lain, tidak sopan, ganas, seksual yang amat jelas, memfitnah, mengganggu pengguna lain atau keamanan, sengaja berbohong, membingungkan, nama pengguna yang panjang, menyerupai dengan akaun atau pengguna lain, atau cuba menyamar atau memalsukan diri anda sebagai orang lain. Tambahan pula, nama pengguna yang mempunyai niat untuk troll, melakukan [[Wikipedia:Laku musnah|laku musnah/vandalisme]], [[Wikipedia:Penyuntingan yang mengganggu|suntingan yang menggangu]], mengiklankan atau spam serta mengancam pengguna Wikipedia akan serta-merta dikenakan tindakan tegas iaitu disekat.