Mantel meriam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 2:
[[File:Gun Mantlet of M1A1 Abrams.jpg|right|thumb|Mantel meriam, ditandai warna merah, dipasang pada [[meriam kereta kebal]] ([[M1 Abrams|M1A1 Abrams]] Amerika)]]
 
'''Mantel meriam''' atau ''gun mantlet'' ialah sejenis plat [[Perisai kenderaan|armor]] atau penghadang berperisai yang dipasang pada pangkal meriam [[kenderaan tempur berperisai]], melindungi bukaan laras senjata yang mengunjur dari badan atau [[Turet meriam|turet]] armor dan, dalam banyak kes, memastikan [[Peluru (projektil)|peluru meriam]] yang berisi [[kepala peledak]] tidak terkeluar melepasi perisai kenderaan. Pada kebanyakan kereta kebal semasa [[Perang Dunia II]], mantel meriam melindungi meriam utama dan mana-mana [[MenaraPenyangga senjata#Sepaksi|senjata sepaksi]], dan mempunyai armor paling tebal pada kenderaan itu. Namun, dalam kebanyakan reka bentuk kereta kebal pasca [[Perang Dingin]], mantel meriam menjadi salah satu bahagian paling lemah pada turet armor kenderaan dan dengan itu menjadi kelemahan.
 
Ini kerana banyak reka bentuk mantlet dipasang terus pada meriam, ia secara drastik meningkatkan berat keseluruhan sistem meriam dan jumlah usaha diperlukan untuk menaikkan dan menurunkannya. Ini merupakan isu bagi [[penstabil meriam]] kerana ia terbukti kurang efisien dan tepat dalam memastikan meriam stabil dengan penambahan berat mantlet. Oleh itu, seperti yang dilihat dalam kereta kebal seperti [[M1 Abrams]] dan [[Leopard 2]], mantlet mempunyai perisai ringan daripada turet yang lain untuk mengurangkan berat dan ia menjadi lebih kecil untuk meminimumkan kawasan dimana projektil boleh terkena kerana jika ia berlaku, ia berkemungkinan besar mengakibatkan penembusan dan melumpuhkan meriam dan merosakkan ruang tempur.