Kal Ho Naa Ho: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Husnaazhari (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Husnaazhari (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 27:
==Rujukan==
{{reflist}}
 
==Plot==
Mengisahkan Naina (Preity Zinta) seorang gadis kolej yang berasal dari India yang menetap di New York bersama ibu, nenek dan dua orang adiknya setelah kematian ayahnya. Setelah kematian ayahnya, kehidupan yang dijalaninya bersama keluarganya disana tidak tenteram dengan sering berlaku pergaduhan antara ibu dan neneknya tentang kematian ayahnya. Keluarga itu semakin porak-peranda lagi dengan sikap neneknya yang memilih kasih terhadap adik-adik Naina iaitu Gia yang sering dibenci neneknya.
 
Keesokkan harinya, pergaduhan antara ibu dan neneknya berlaku seperti biasa dan kali ni lebih parah sehinggakan timbul kesedihan antara Naina,ibu dan dua orang adiknya itu. Mereka berempat melepaskan tangisan bersama-sama di dalam bilik dan berdoa pada Tuhan mereka supaya suatu hari nanti akan tiba seseorang yang bagaikan malaikat untuk membahagiakan hidup mereka dan membuang semua kisah duka mereka jauh-jauh.
 
Tanpa disedari, aktiviti mereka diperhatikan oleh seorang jejaka yang berada dari beranda luar rumahnya dan merupakan jiran baru yang berpindah bersebelahan rumah Naina. Jejaka tersebut iaitu Aman memerhati namun wajah Naina tidak dapat terlihat kerana terlindung disebalik tiang rumah.
 
Hari seterusnya Aman keluar ke halaman rumahnya dan menghampiri adik Naina yang sedang menonton budak-budak lain bermain basketball. Lalu terdengar akan suara sumbang nyanyian daripada nenek Naina dan kawan-kawannya yang kononnya sedang berdoa dan memuji dewi. Aman menjerit dari arah koridor luar meminta mereka menghentikan nyanyian mereka kerana kedengaran sehingga sakit telinga. Suara Aman yang menjerit dari arah bawah didengar juga oleh Naini yang berada di beranda tingkat atas rumahnya. Mata Aman terus terpanah akan Naina.
 
==Pautan luar==