Semerah Padi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 62:
Dua sahabat akrab, Aduka ([[P. Ramlee]]) dan Taruna ([[Nordin Ahmad]]) ditugaskan mentadbir kampung Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman. Dara ([[Saadiah|Sa’adiah]]), anak ketua kampong ([[Daeng Idris]]) mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Taruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak derhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya.
 
Di malam hari keramaian, penduduk kampung digemparkan dengan kematian Kachiwa ([[Omar Suwita]]). Atas arahan Tok Penghulu untuk keamanan kampung, Aduka dan Taruna berjaya menangkap Jejaka ([[A. Rahim]]) dan Galak ([[Normadiah|Normahdiah]]) kerana telah berzina. Galak seorang janda yang kematian suaminya, Kachiwa. Jejaka telah membunuh Kachiwa. Mereka berdua didapati bersalah dan dihukum sulah sebelum subuh menjelang tiba. Peristiwa ini telah disaksikan oleh salah seorang orang suruhan Borek. Borek ([[Salleh Kamil]]) mula memasang niat membalas dendam ke atas Semerah Padi di atas kematian adiknya, Jejaka.
 
Percubaan Borek dan kuncu-kuncunya buat kali pertama berjaya menghuru-harakan kampung Semerah Padi. Banyak jiwa manusia yang terkorban dan rumah rumah telah dibakar. Aduka, Taruna dan orang-orang kampung bekerjasama untuk melawan serangan musuh. Akhirnya 4 orang kuncu Borek, ([[Kemat Hassan]], [[Shariff Dol]], [[Ahmad C|Muhammad Hamid]] dan [[Omar Suwita|Nyak Osman]]) telah ditangkap dan dihukum bunuh sebelum subuh menjelang tiba.
 
Negeri dilanda lanun dan Taruna serta 10 orang pahlawan Semerah Padi dikerah oleh ketua kampong untuk berkhidmat dengan Baginda Sultan. Aduka pula ditugaskan untuk menjaga keamanan kampung Semerah Padi. Setelah satu purnama berlalu, Semerah Padi sekali lagi diserang oleh Borek ([[Salleh Kamil]]) dan dia berjaya menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Borek berjaya dibunuh.
 
Hujan lebat membasahi bumi Semerah Padi, cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Dara tetap memujuk rayu Aduka, Aduka tetap tidak mempedulikan godaan si Dara. Akhirnya, Aduka dan Dara terlanjur berzina. Keesokkan harinya, Taruna dan rakan rakannya telah kembali ke Semerah Padi dan dianugerahkan sebidang tanah setiap seorang untuk tujuan bercucuk tanam. Aduka telah mengaku kesalahannya di hadapan Taruna dan kedua-dua orang tuanya. Taruna sungguh kecewa. Taruna mengarahkan agar Aduka meninggalkan Semerah Padi keesokkan harinya.