Pendudukan Indonesia di Timor Timur: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Image:LocationEastTimorNamed.svg|thumb|right|250px|Timur Timor yang terletak 400 batu (640km) utara barat [[Darwin, Australia]].]]
 
'''Penjajahan Indonesia di Timor Leste''' (dulunya Timur Timor) bermula pada bulan Desember 1975 sehingga Oktober 1999, dan mengorbankan kira-kira 100,000 penduduk Timor<ref>Kiernan, name="deathtoll"pp. 593–594; CAVR.<ref/>.
 
Selepas berabad-abad Timur Timor berada dalam jajahan [[Portugis]], rampasan kuasa di [[Portugal]] pada tahun 1974 membawa kepada pembebasan koloni-koloni Portugis termasuk Timur Timor. Situasi ini juga membawa kepada ketidakstabilan Timor Timur dan masa depan yang tidak jelas. Selepas satu perang saudara kecil, parti pro-kemerdekaan [[FRETILIN]] mengisytiharkan kemenangan di ibu kota Dili dan mengisytiharkan kemerdekaan Timur Timor pada [[28 November]] [[1975]]. Dengan menggunakan alasan bahawa terdapat pemimpin Timur Timor yang meminta pertolongan, tentera Indonesia melanggar Timur Timor pada 7 Desember 1979 dan memusnahkan semua penentangan bersenjata yang menentang mereka. Dengan mempergunakan "Perhimpunan Popular", Indonesia mengisytiharkan Timur Timor sebagai satu wilayah Indonesia. Selama 25 tahun, penduduk Timur Timor menderita hukuman yang berat sebelah, seksaan dan kebuluran. [[Pembunuhan beramai-ramai Santa Cruz]] pada tahun 1991 menyebabkan kemarahan antarabangsa. Penentangan terhadap penjajahan Indonesia tetap kuat<ref>Schwarz (1994), p. 195</ref> dan pada tahun 1996, Hadiah Nobel untuk keamanan diberi kepada dua orang lelaki dari Timur Timor, Calos Filipe Ximenes Belo dan Jose Ramos-Horta kerana usaha mereka menghentikan penjajahan Indonesia secara aman. Satu referendum pada tahun 1999 untuk memilih masa depan Timur Timor menunjukkan keputusan majoriti yang sangat besar untuk kemerdekaan dan pada tahun 2002, Timur Timor menjadi sebuah negara yang bebas dan merdeka.