Perbincangan:Canselor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tofeiku (bincang | sumb.)
→‎Tajuk: Reply
Baris 9:
:Saya sangat tidak bersetuju dengan pendekatan "atas dasar lebih digunakan" yang dirasa terlalu lepas tangan apabila kita menyentuh bidang politik antarabangsa yang amat teliti meliputi entiti negara dengan rangka tersendiri. Tentu tidak bijak jika misalnya kita terjemahkan ''government'' dalam konteks Singapura kepada "kerajaan" lebih digunakan atas dasar kelaziman media dari Malaysia dan Brunei yang monarki sedangkan Singapura jelas bersifat republik dan menyatakan diri ber-"pemerintah". Nah, Berita Harian Singapura sudah menawarkan pengungkapan menyelesaikan kekeliruan erti ''chancellor'' dengan ejaan berhuruf K ("kanselor") menjauhi istilah universiti itu; ketegaran bahasa pun dikurangkan secara berasas dari sumber boleh dipercayai apatah lagi tampak mencerminkan etimologi Latinnya yang berbunyi /k/. Sudah terguna dalam bahasa Melayu baku Singapura yang tetap mswiki iktiraf juga, apa salahnya kita terapkan dalam mswiki jua? Lagi akan mengurangkan masalah pengelas yang kini sudah lewah. :-) - [[Pengguna:Anumengelamun|Anumengelamun]] ([[Perbincangan pengguna:Anumengelamun|bincang]]) 16:32, 11 Disember 2021 (UTC)
::@[[Pengguna:Anumengelamun|Anumengelamun]] Kita lihat bahasa apa yang kita pinjam. Untuk perkataan ini kita memang pinjam daripada bahasa Inggeris dan bukannya bahasa Latin. Kita tidak meminjam daripada bahasa asalnya. Kalau kita ambil daripada bahasa asal, sudah tentu perkataan lain pun patut kita ambil daripada bahasa asalnya seperti "algebra" daripada bahasa Arab dan bukannya daripada bahasa Inggeris. Tiada mustahaknya untuk membezakan kedua-dua istilah ini. Bahasa lain baik sahaja menggunakan ejaan sama untuk kedua-dua jawatan pentadbiran dan pendidikan ini. Memang dasar Wikipedia menggunakan yang umum. Ini memang tidak boleh dipertikaikan lagi dan saya memberi amaran kepada anda atas ini untuk mengikuti dasar Wikipedia bahasa Melayu yang sudah dipersetujui oleh komuniti. <b style="white-space:nowrap;text-shadow:#F8F8FF 0em 0em 0.8em,#FF4500 -0.8em -0.8em 0.9em,#90EE90 0.7em 0.7em 0.8em;color:#696969"> [[User:Tofeiku|Tofeiku]]</b>[[User talk:Tofeiku|<span style="color:Orange"><sup>Bincang</sup></span>]] 02:25, 12 Disember 2021 (UTC)
:::{{@|Tofeiku}} Benar, "tiada mustahaknya untuk membezakan kedua-dua istilah". Kebetulan sahaja saya perasan hanya bahasa Melayu (melalui akhbar Singapura disebut juga — [https://www.beritaharian.sg/dunia/pertemuan-tidak-selesa-trump-merkel rujukan 1], [https://www.beritaharian.sg/dunia/jerman-tolak-dakwaan-trump-ia-hutang-besar-pada-nato-dan-amerika rujukan 2] — jadi masih dikira dalam tetapan yang "sudah dipersetujui oleh komuniti" saudara sebutkan) sahaja sudah ada contoh membezakan homonim Inggeris ''chancellor'' melahirkan kata "canselor" dan "kanselor" berbanding bahasa-bahasa berhuruf Rumi lain yang saya dapat cari dan banding ([https://en.wiktionary.org/wiki/chancellor mengikut Wiktionary]), jadi saya beranggapan (ketika itu) "apa salahnya kita gunakan kelebihan peristilahan kita itu membezakan takrifan." Tetapi, saya faham juga maksud saudara mengenai - sudah tentu saya akan kekalkan istilah dijumpai ini sebagai kata seerti. Sekiranya ada khilaf dalam apa yang saya lampirkan menyinggung tanpa disedari, saya ingin mohon maaf. - [[Pengguna:Anumengelamun|Anumengelamun]] ([[Perbincangan pengguna:Anumengelamun|bincang]]) 03:04, 12 Disember 2021 (UTC)
Kembali ke laman "Canselor".