Siku (alat): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dicipta dengan menterjemah laman "Siku (instrument)"
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 03:23, 12 Disember 2021

Siku (dari bahasa Aymara, juga dalam Quechua: antara ) ialah sejenis alat seruling ikat khusus dimainkan seluruh banjaran Andes benua Amerika Selatan[1] terutamanya dalam kalangan masyarakat Aymara kawasan penara tinggi pergunungan dan sekitar Tasik Titicaca antara Bolivia dan Peru.[2]

Alat siku yang biasa.

Alat siku jenis Aymara ini diperbuat daripada rebung buluh tetapi juga telah dibuat dari bulu kondor, tulang, dan banyak bahan-bahan lain. Buluh jenis berdinding nipis (songo) lebih diidamkan kerana mampu memberikan bunyi yang lebih nyaring namun rapuh. Alat antara jenis Quechua pula secara tradisinya diperbuat daripada batang-batang sejenis rotan spesies Arundo donax yang diikat sejalur dua tali rotan membentuk satah trapezoid seakan rakit; buluh yang berbagai saiz menghasilkan bunyi yang sama berbagai sifatnya.

  1. ^ Kolasinski, Andrew (2015-05-09). "Siku Panflutes Bring Home The Sound Of The Andes". South American Vacations (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-07-05.
  2. ^ "Panpipes of the Americas". Native Flutes Walking. Dicapai pada 2019-07-05.