Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Membatalkan semakan 5302202 oleh 175.143.181.20 (Perbincangan) - IP awanama tiada hak betulkan penulisan dalam perbincangan sendiri yang sememangnya tidak formal
Teg: Buat asal
Mengganti laman dengan ';Arkib perbincangan Perbincangan yang dilakukan sebelumnya telah diarkibkan secara tahunan di bawah: * 2017-2018 * 2018-2019 * 2019-2020 * 2020-2021 * Perbincangan pengguna:Anumengelamun/Arki...'
Teg: Menggantikan
Baris 6:
* [[Perbincangan pengguna:Anumengelamun/Arkib perbincangan 2019-2020|2019-2020]]
* [[Perbincangan pengguna:Anumengelamun/Arkib perbincangan 2020-2021|2020-2021]]
* [[Perbincangan pengguna:Anumengelamun/Arkib perbincangan 2021|2021-henti(?)]]
 
'''Sebarang pesanan awanama atau tidak bertandatangan sejak Mei 2021 tidak akan dilayan langsung malah terus dipadam''', tidak sahaja kerana sukarnya dapat menghubungi semula tetapi juga kerana pengalaman sendiri telah beberapa kali dilemparkan pesanan awanama mengancam/memaki kasar. - [[Pengguna:Anumengelamun|Anumengelamun]] 17:05, 19 Julai 2021
 
== Saya mahu tanya sahaja. ==
 
Hai. Nak tanya, kenapa kamu padam tulisan Jawi pada nama 'Gintama' (di bahagian pendahuluan)?
 
Sebab sebelum ni memang saya ada tambah Jawi pada nama halaman ini dan bahagian subtajuk dan selepas saya tanya SNN95 beliau sarankan saya untuk membuang tulisan Jawi di bahagian subtajuk, tapi pada nama katanya tiada masalah, maka saya kekalkan nama 'Gintama' dalam tulisan Jawi.
 
Harap tuan boleh respon soalan saya ini (bukan marah ye). [[Pengguna:Ssaft|Ssaft]] ([[Perbincangan pengguna:Ssaft|bincang]]) 06:19, 2 Mei 2021 (UTC)
:Oh, salam {{@|Ssaft}}! Saya memadam ejaan Jawi itu sebab ia dirasakan tidak relevan dalam kontek isi entrinya mengenai suatu karya komik Jepun. Seingat saya, banyak juga entri berkaitan anime/manga yang memang langsung tiada ejaan Jawi sendiri...lainlah kalau memang kita sudah ada syarikat menerbit manga versi bahasa Melayu bertulisan Jawi yang cukup membenarkan (''justify'') hal sedemikian. --[[Pengguna:Anumengelamun|Anumengelamun]] ([[Perbincangan pengguna:Anumengelamun|bincang]]) 06:50, 2 Mei 2021 (UTC)
 
::Oh okay. Tak mengapa. Terima kasih sebab menjawab. Salam 10 terakhir Ramadan 👍 [[Pengguna:Ssaft|Ssaft]] ([[Perbincangan pengguna:Ssaft|bincang]]) 21:34, 6 Mei 2021 (UTC)
 
== Bls:Perihal: "To Kill a Mockingbird" ==
 
Wassalam. Terima kasih atas maklum balas saudara. Berkenaan dengan tajuk halaman rencana yang terbabit, saya hanya melihat dari sudut pandang bahasa, saya tak lihat sudut pandang negara mana yang menerbitkan novel terjemahan itu asalkan judul itu berbahasa Melayu. Mengapa harus diberi layanan yang berbeza hanya disebabkan oleh negara terbitan? Kita abaikan negara yang terlibat serta cuma lihat dari sudut bahasa. Ada terjemahan bahasa Melayu, maka bahasa Melayulah yang harus diutamakan. Bab negara itu tak perlu nak ditumpukan sangat. Sekiranya hujah anda terkait dengan versi bahasa Portugis, maka mengapa pula tidak digunakan sekali hujah [[zh:杀死一只知更鸟|versi entri yang sama dalam bahasa Cina]]? Tanah Besar China menggunakan judul "殺死一隻知更鳥" manakala Taiwan pula menggunakan judul "梅冈城故事". Tidak pula digunakan judul bahasa Inggerisnya sedangkan terdapat juga percanggahan mengenai judul terjemahan novel terbabit mengikut wilayah terbitan. Terima kasih. — [[Pengguna:Jeluang Terluang|Jeluang Terluang]] ([[Perbincangan pengguna:Jeluang Terluang|bincang]]) 12:21, 4 Mei 2021 (UTC)
 
:: ''Kita abaikan negara yang terlibat... Bab negara itu tak perlu nak ditumpukan sangat'' — sedangkan saudara hanya pakai tajuk yang jelas dari penerbit Malaysia, bukan edisi Brunei yang sudah tentu akan diedarkan [[Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei]] yang sepadan iaitu entiti berbeza. Brunei pun pakai bahasa Melayu baku, sudah tentu sudut pandang mereka juga perlu diutamakan sebagai pembaca sasaran WBM? Tidakkah ini akan menyebabkan rasa berat sebelah? ''Kalau'' DBP Brunei turut memberi judul begitu, maka saya tiada masalah.
 
:: ''...maka mengapa pula tidak digunakan sekali hujah [[zh:杀死一只知更鸟|versi entri yang sama dalam bahasa Cina]]?'' — sebab yang pertama, bahasa tersebut tidak bertulisan Rumi tidak seperti WBM, sudah tentu sistem tulisan paling mirip akan diutamakan dalam pemilihan bahasa yang menjadi perbandingan; zh.wiki sangat mengutamakan tulisan hanzi tentunya. Satu lagi, mungkin pemilihan zh.wiki itu berdasarkan kata sepakat sesama para penyunting sebahasa sana kerana nama itu yang lazim, ''which leads me to'' keadaan yang mendorong pemindahan tersebut serta perkaitan dengan isu WP:COMMONNAME yang saya ujarkan: saudara tidak ada memberikan catatan membuktikan jika akhbar-akhbar atau majalah Brunei, Singapura ada menggunakan tajuk yang sama dalam pembincangan isi buku (sekurang-kurangnya dalam nota tersorok pun sudah memadai), maka sukar dapat kami semua dapat fahamkan jika pemindahan tersebut munasabah lalu sepakat sepertimana sepakatnya para penyunting zh.wiki. Penyelia ms.wiki sepakat tajuk ''common'' yang cenderung dalam bahasa Jepun atau Inggeris manga/anime sudah hakikatnya jadi dilazimkan sehinggakan tidak dapat dihalang lagi, sampai mana-mana tajuk terjemahan BM akan dilencongkan sekali (sepertimana entri "Akademi Hero" saudara sudah dibalikkan kepada "My Hero Academia" dan sebagainya), saya yakin pendekatan ''common title'' sama juga diterapkan untuk sastera bahasa Inggeris yang memang ''tajuk common'' sudah dikenali/diketahui serata Nusantara menggunakan BI. [[Pengguna:Anumengelamun|Anumengelamun]] ([[Perbincangan pengguna:Anumengelamun|bincang]]) 13:10, 4 Mei 2021 (UTC)
 
== Istilah dalam bahasa Indonesia ==
 
Saya mendapati bahawa anda nampaknya berkeras untuk menggunakan istilah bahasa Indonesia dalam Wikipedia bahasa Melayu, seperti mana yang anda lakukan kepada rencana [[Khemah besar]]. Sila berhenti dari melakukan seperti sedemikian. Sila fahami yang platform ini merupakan Wikipedia Bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu baku atau formal.
 
Mengenai rencana [[khemah besar]], carian ringkas di Google secara jelas menunjukkan yang istilah 'tenda besar' '''tidak digunakan langsung secara lazim''' dalam penulisan '''umum''' berbahasa Melayu, terutama sekali dalam akhbar-akhbar berbahasa Melayu, malah carian tersebut secara jelas menunjukkan istilah tersebut hanya digunakan dalam akhbar-akhbar berbahasa Indonesia. Sila fahami yang kewujudan istilah-istilah bahasa Indonesia dalam Kamus Dewan bukan membolehkan ianya digunakan secara meluas digunakan di sini dan menjadi keutamaan sehingga mengenepikan istilah-istilah bahasa Melayu yang sudah ada dan '''meluas''' digunakan.[[Pengguna:Zulfadli51|Zulfadli51]] ([[Perbincangan pengguna:Zulfadli51|bincang]]) 13:15, 29 Jun 2021 (UTC)
::Salam! Saya ada mendapat pesanan saudara. Sebenarnya bahagian atas itu hanya untuk menerangkan asal-usul atau etimologi pengungkapan tersebut dalam konteks Nusantara, sebab berdasarkan penyelidikan saya semasa menciptakan rencana, memang Indonesia yang didapati mula mewujudkan konsep ''big tent party'' ini. Saya pun cuba mengaitkan dengan "khemah besar" digunakan dalam tajuk entri memandangkan [https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=tenda "tenda" memang diberi maksud "khemah" dalam Kamus Dewan]. Memang "tenda besar" tidak digunakan seterusnya dalam rencana kecuali menerangkan contoh idea itu di Indonesia, itupun ungkapan "tenda besar" itu ditandakan dengan tanda petikan sebagai mengekalkan isi rujukan dipetik (''exact words''). Bahagian atasnya memang untuk tujuan sejarah (''historical purposes'') sahaja.
 
::Saudara menuduh saya "berkeras" sedangkan saudara membalikkan tanpa melihat juga pembetulan yang saya turut lakukan terhadap istilah tertentu ([https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Khemah_besar&diff=prev&oldid=5140922 "karena" kepada "kerana", "minoritas" kepada "minoriti"]) seakan saudara sendiri salah sangka semuanya ada ralat tanpa menanyakan saya dahulu. Memandangkan versi terkini entri lebih dirapikan kini, saya berharap kita berdua dapat tamatkan salah faham ini.
 
::Yang ikhlas,<br>--[[Pengguna:Anumengelamun|Anumengelamun]] ([[Perbincangan pengguna:Anumengelamun|bincang]]) 13:25, 29 Jun 2021 (UTC)
 
== Sampling ==
Hello. It is "sampling" or "pensampelan muzik"? Could you fix lead or article name? [[Pengguna:Eurohunter|Eurohunter]] ([[Perbincangan pengguna:Eurohunter|bincang]]) 13:56, 29 Jun 2021 (UTC)
 
== Sekadar ingin tahu ==
 
Mahu tanya sikit, kenapa awak tukar nama [[Constantinople]] kepada [[Kustantiniyah]] dan [[Byzantine]] kepada [[Byzantium]]. Awak ada bukti ke untuk menyokong dakwaan tersebut.
:Selalunya saya tidak akan menjawab pesanan awanama kerana seringkalinya pesanan-pesanan awanama yang saya hadapi sebelum ini bersifat penuh makian buta atau mengganggu dengan cubaan mengancam, tapi penulisan pesanan di atas ada rasa keikhlasan ingin tahu, maka saya berikan pengecualian kali ini kepada si penulis 2001:E68:5425:C7D4:B17D:3945:D6B8:E1D1 baik hati ini dengan rasa kasihan serta ''for the record'': saya sudah lama mengusulkan di laman perbincangan "Constantinople" selama beberapa bulan dari Disember 2020 di mana semua rakan sekerja yang hadir bersetuju usulan nama ''Constantinople'' yang Inggeris ditular kepada nama lebih Melayu tanpa sebarang bantahan. Dalam kajian yang didapati serta dibentangkan saya sendiri dalam laman perbincangan tersebut sudah ada bukti nama cara Arab yang sudah lama ada [[Kustantiniyah#Penamaan|dalam persuratan Melayu]] (cari rujukan saya petik di situ, ia bukanlah "dakwaan" sembarangan seperti si awanama sangka), tapi saya juga ada bertanya jika mereka mahu pindah kepada nama lebih Barat macam "Konstantinopel" (di id.wiki dari ''Constantinopel'' dari bahasa Belanda). Asalnya saya mahu buat secara dwipusingan, tetapi setelah sekian lama saya menunggu saya terpaksa ''cut short'', dalam tempoh disingkatkan ini juga majoriti yang ambil (3/5 orang, data disorok kerana sulit) serta memilih nama gaya Arab. Sejarah laman entri juga akan ada tercatat penjelasan yang saya buat pada ringkasan pelencongan dan suntingan. (Saya kurang biasa dapat menerangkan secara IRL di sini berbanding di [https://discord.gg/FyQpB66 Discord WBM], jadi kalau saudara berminat ambil serta, silalah sertai kami di sana)
 
:''Byzantine'' pula kata sifat/adjektif bahasa Inggeris [https://www.etymonline.com/word/Byzantine#etymonline_v_18173 merujuk kepada bandar asas kota] ini iaitu Byzantium. Perubahan kata nama khas kepada bentuk adjektif yang sedikit berlainan (''Byzantium'' → ''Byzantine'') ada lumrahnya dalam bahasa Inggeris, tetapi tidak pula dalam bahasa Melayu. Sudah tentu takkan ada "Empayar ''Ethiopian''" atau "Empayar ''Habsyi''", misalnya.
 
: Saya harap ia dapat menjelaskan sehingga faham kepada si awanama 2001:E68:5425:C7D4:B17D:3945:D6B8:E1D1. - [[Pengguna:Anumengelamun|Anumengelamun]] ([[Perbincangan pengguna:Anumengelamun|bincang]]) 16:47, 19 Julai 2021 (UTC)
 
== Penamaan spesies ==
 
'''Burung Belatuk Besar''' (contoh) adalah merujuk pada nama khas sesuatu spesies burung; di mana ia berlawanan dengan '''Burung belatuk besar''' yang bersifat umum. Tunjukan saya di mana rujukan yang tuan gunakan untuk penamaan tersebut. [[Pengguna:Zamwan|Zamwan]] ([[Perbincangan pengguna:Zamwan|bincang]]) 16:54, 9 Ogos 2021 (UTC)
 
:Salam! Saya ada mendapat pesanan saudara. Cuma, saya ada seberapa masalah dengan isi diajukan saudara dalam pesanan.
 
:"Burung belatuk besar" itu sendirinya kata nama yang mengkhusus daripada jenis-jenis "Burung belatuk" yang umum, bukan? Maka, huruf besar pada semua perkataan dalam kata majmuk boleh dihujahkan sudah dilihat sangat lewah. Tambahan lagi, ia selari cara dengan nama tumbuhan yang ditulis secara umum: memang kita menulis contohnya nama buah "[https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=durian+belanda&d=102572&#LIHATSINI Durian belanda]", "[https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=terung+pipit Terung pipit]" yang satu sahaja huruf besar jika dijadikan tajuk kerana sudah dibezakan dengan ''Durian'' dan ''Terung'' yang generik, tidak perlu lagi hendak dituliskan "Durian Belanda" atau "Terung Pipit". Setahu saya, en.wiki sebagai wiki versi lalai yang dirujuk formatnya memang hanya membesarkan huruf perkataan pertama dalam huruf besar untuk tajuk entri nama umum hidupan sedemikian.
 
:Saya tahu Yosri yang sama baya pengalaman seperti saudara sendiri sudah lama tidak lagi menggunakan cara "Semua Huruf Besar" seperti yang dibaca pada arkib perbincangannya; dan banyak penyelia lain seperti Tofeiku dan PeaceSearcher mengiyakan/bersetuju cara "Satu huruf kecil" dalam penamaan hidupan apabila perkara ini dibincangkan secara peribadi (saya sendiri bersetuju juga dengan mereka kerana ia agak menyukarkan pencarian). - [[Pengguna:Anumengelamun|Anumengelamun]] 06:27, 10 Ogos 2021 (UTC)
 
== Mengenai nama "Sukan Olimpik Belia" ==
 
Salam sejahtera saudara, saya menampak saudara pernah menyatakan bahawa istilah "Sukan Olimpik Belia" merupakan nama rasmi bagi temasya tersebut. Namun berdasarkan kajian saya, [[Majlis Sukan Negara Malaysia]] telah menggunakan istilah "Sukan Olimpik Remaja" dalam [https://www.nsc.gov.my/en/sukan-olimpik-remaja/ laman web rasmi] dan juga [https://www.data.gov.my/data/dataset/senarai-nama-atlet-malaysia-ke-temasya-sukan-olimpik-remaja/resource/e61f48f2-f4d1-476e-86ed-59ef5dfc1afa dokumen] mereka. Pada masa yang sama, banyak artikel berita dan akhbar juga menggunakan istilah tersebut (walaupun masih terdapat segelintir artikel yang menggunakan istilah “Belia", terutamanya Berita Harian Singapura). Sebagai pengesahan, saya telah bertanya pihak DBP mengenai isu ini melalui perkhidmatan Khidmat Nasihat mereka ([https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=olimpik+remaja&d=175768&#LIHATSINI Ini penjelasan mereka]).
 
Oleh itu, saya ingin mendapatkan pendapat saudara, haruskah kita menyeragamkan semua rencana mengenai topik ini supaya menggunakan nama "Sukan Olimpik Belia"? Adakah penggunaan nama "Sukan Olimpik Belia" bersifat setempat sahaja (seperti "football" dan "soccer" dalam bahasa Inggeris)?
 
<small>''Maafkan saya kerana saya tidak berbincang dengan saudara sebelum saya memindahkan laman [[Sukan Olimpik Belia]]. Namun buat masa ini saya tidak berniat untuk menterbalikkan penyuntingan tersebut sehinggalah kita mencapai persetujuan mengenai isu ini.</small>