Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959: Perbezaan antara semakan

kemasan
(kemasan)
Teg: Suntingan sumber 2017
'''Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959''' merupakan [[pilihan raya umum]] yang pertama di [[Persekutuan Tanah Melayu]] (kemudian [[Malaysia]]) selepas [[kemerdekaan]]nya pada [[31 Ogos]] [[1957]]. Pilihan raya ini diadakan pada hari Rabu, 19 Ogos 1959 dan ia juga merupakan pilihan raya umum yang kedua di [[Semenanjung Malaysia]].
 
Dalam pilihan raya umum ini, [[Parti Perikatan]] yang terdiri daripada [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu]] (UMNO), [[Persatuan Cina Malaysia|Persatuan Cina Malaya]] (MCA); dan [[Kongres India Se-Malaysia|Kongres India Se-Malaya]] (MIC) yang mewakili tiga kaum yang utama di Persekutuan Tanah Melayu memenangi 74 daripada 104 kerusi dalam [[Dewan Rakyat]]. Ini merupakan satu majoriti sebanyak 71.1% dalam Dewan Rakyat, walaupun parti campuran ini hanya memperoleh 51.7% daripada jumlah undi. Pencapaian 71.1% ini adalah jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh [[Perlembagaan Malaysia|Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu]] untuk membentuk kerajaan. Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 48.3% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 30 kerusi yang tinggal.
== Keputusan ==
{{Utama|Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia Pertama|Ahli Dewan Undangan Negeri, Parlimen Malaysia Pertama}}{{Pilihanraya Umum Malaysia 1959}}