Opera Agung: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
Baris 21:
 
===Zaman kegemilangan Opera Agung===
Selepas tamat [[Revolusi Perancis]] pada tahun 1830 (juga dikenali sebagai "Revolusi Julai"), satu rejim baru dibentuk untuk menswastakan kontrak Opéra yang dahulunya dikawal oleh kerajaan negeri. Kontrak ini dimenangi oleh seorang usahawan, Louis-Désiré Véron, yang mengaku tidak tahu menahu tentang muzik sama sekali. Walau bagaimanapun, beliau kemudiannya berjaya di dalam usaha beliau untuk memenuhi cita rasa orang ramai dengan melabur secara banyaknya kepada Opera Agung. [[Opera]] pertama yang dikeluarkan adalah hasil karya [[penggubah]] [[Meyerbeer]] yang mana tayangan perdana [[opera]] tersebut pada awalnya telah ditangguhkan oleh [[revolusi Perancis]].
 
Ini merupakan tuah kepada Veron dan [[Meyerbeer]], sepertimana yang diulas oleh [[penggubah]] [[Hector Berlioz]] yang berkata "Meyerbeer bukan sahaja mempunyai nasib menjadi berbakat, namun berbakat untuk bernasib baik".<ref>Hector Berlioz, tr. D. Cairns, ''Memoirs'', London ,1969. ms. 569</ref>. [[Opera]] beliau yang ''Robert le diable'' yang mempunyai sentimen-sentimen liberal Perancis untuk 1830an mendapat sambutan yang baik dari orang ramai.
 
Veron juga membawa [[opera]] gubahan [[Auber]] berjudul ''Gustave III'' (1833, libreto oleh Scribe, kemudiannya diadaptasi aikan oleh [[Verdi]] berjudul ''[[Un ballo in maschera]])'') dan hasil karja [[Fromental Halévy]] berjudul ''La juive'' (1835, libreto juga ditulis oleh Scribe), dan juga [[opera]] terbaru [[Meyerbeer]] yang berjudul ''Les Huguenots'' (1836, libreto oleh Scribe dan Deschamps). Ini merupakan kejayaan yang terbukti paling lama bertahan dalam keseluruhan era Opera Agung sepanjang abad ke-19.
 
Setelah mendapat kejayaan dan keuntungan besar dalam kontrak Opéra, Veron dengan bijaknya memberikan konsesi kepada Duponchel, yang juga meneruskan formula kejayaan beliau. Di antara tahun 1838 dan tahun 1850, [[Opéra Paris]] telah mementaskan banyak Opera-opera Agung , antara yang terkenal adalah karya [[Halévy]] berjudul ''La reine de Chypre'' (1841) dan ''Charles VI'' (1843), karya [[Donizetti]] berjudul ''La favorite'' (1840) dan ''Dom Sébastien'' (1843, libreto oleh Scribe), dan karya [[Meyerbeer]] yang berjudul ''Le prophète'' (1849, libreto oleh Scribe). Pada tahun 1847, [[Giuseppe Verdi]] membuat tayangan perdana beliau untuk [[opera]] di [[Paris]] yang berjudul ''[[Jérusalem]]'', sebuah adaptasi dari hasil karya lama beliau yang berjudul ''[[I Lombardi alla prima crociata]]''.
 
Untuk statistic pengeluaran Opera Agung di [[Paris]], lihat [[Senarai persembahan Opera Agung Perancis di Opéra Paris]].
 
==Opera Agung di luar Perancis==