Universiti Tenaga Nasional: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mdzafri (bincang | sumb.)
k added indonesian site link
Mdzafri (bincang | sumb.)
k added more info
Baris 71:
===Kolej Kejuruteraan===
 
Kolej Kejuruteraan, lebih dikenali sebagai College of Engineering (COE), merupakan kolej terbesar di Universiti Tenaga Nasional dengan lima jabatan iaitu Kejuruteraan Elektronik dan Telekomunikasi, Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan BinaanAwam dan Kejuruteraan Sains dan Matematik. Kolej ini menawarkan kursus [[matrikulasi]] dan [[sarjana muda]].
 
Program-program di Kolej Kejuruteraan diakreditasi oleh [[Lembaga Akreditasi Negara]] (LAN) Malaysia dan [[Lembaga Jurutera Malaysia]]. Bagi memastikan semua program yang dijalankan di Kolej Kejuruteraan relevan dengan industri dan Lembaga Akreditasi Kejuruteraan Malaysia (EAC), model pengajaran Pendidikan Bertumpukan Sasaran (OBE) diimplimentasi dalam semua program kejuruteraan.
 
[[Image:COIT in UNITEN.JPG|right|thumb|250px|Kolej Teknologi Maklumat UNITEN di Kampus [[Putrajaya]]]]
===Kolej Teknologi Maklumat===
 
Kolej Teknologi Maklumat ditubuhkan pada 1 September [[2003]]. Ia bermula sebagai Jabatan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat pada 1997 di bawah Kolej Kejuruteraan. Ia menawarkan empat program sarjana muda dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat.
 
Kolej Teknologi Maklumat mempunyai lima jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Perisian, Sistem Maklumat, Sistem & Jaringan, dan Grafik & Multimedia.
 
===Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan===
 
Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan terletak di kedua-dua kampus UNITEN. Terdapat lima jabatan dibawah kolej ini iaitu Perakaunan, Pengurusan & Sumber Manusia, Ekonomi & Kewangan, Keusahawanan, dan Pengajian Liberal & Bahasa.
 
Pelajar-pelajar yang mengambil kursus dalam Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan ditempatkan di Kampus Sultan Haji Ahmad Shah. Semua program yang ditawarkan adalah menurut spesifikasi [[Lembaga Akreditasi Negara]] (LAN) Malaysia.
 
===Kolej Pengajian Siswazah===
 
Program-program sarjana dan kedoktoran dalam bidang kejuruteraan elektrikal, mekanikal dan awam ditawarkan oleh Kolej Pengajian Siswazah. Kolej ini juga menawarkan kursus doktor falsafah sains industri bagi mereka yang ingin membuat penyelidikan lanjutan dalam bidang kejuruteraan matematik, kimia dan fizik. Antara program doktor falsafah lain yang ditawarkan di Kolej Pengajian Siswazah adalah Kedoktoran Teknologi Komunikasi dan Maklumat, dan Kedoktoran Pengurusan Bisnes.
 
===Institut Kajian Liberal===
 
IKATAN memainkan peranan sebagai institut pengajian dan latihan semenjak 1992 dengan mengadakan kursus diploma, sijil dan kursus latihan pekerja dari segi teknikal dan pengurusan. Bermula sebagai Pusat Bahasa dan Pengajian Am, ia telah berkembang pesat dan kini mengambil nama Institut Kajian Liberal (IKAL).
 
==Kemudahan==
 
===Perpustakaan===
 
Perpustakaan UNITEN mempunyai enam aras yang jumlahnya seluas 18,645.2 meter persegi. Ia menyediakan kemudahan sumber maklumat online, pinjaman buku, laporan, berita harian kejuruteraan dan bisnes, maklumat persidangan, maklumat pekerjaan dan kemudahan kaunseling.
 
===Penginapan===
 
Apartmen penginapan sebanyak 3,800 tempat disediakan untuk pelajar termasuk sebilangan kecil untuk pelajar berkahwin. UNITEN membuat persediaan untuk menempatkan pelajar tahun pertama di dalam kampus. Hotel Residence, Bangi terletak di dalam kampus Putrajaya.
 
===Makmal===
 
Makmal-makmal elektrikal, elektronik, awam dan mekanikal dilengkapkan dengan pelbagai peralatan bagi kerja-kerja praktikal siswa.
 
==Pautan luar==