Takwim Julius: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 2 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8
k →‎Reformasi Julian: kemaskini. menggunakan AWB
 
Baris 8:
 
== Reformasi Julian ==
 
 
Sebelum takwim baru dikuatkuasakan, hari pertama untuk tahun takwim ([[1 Januari]]) diselaraskan dengan tahun tropika melalui [[46 SM]] yang mempunyai 445 hari. Bulan-bulan Julian dibentuk dengan menambahkan 10 hari kepada tahun Rom pra-Julian yang mempunyai 355 hari. Dua hari tambahan dimasukkan ke dalam bulan Januari, Julai dan Disember serta satu hari tambahan dimasukkan ke dalam bulan April, Jun, September dan November. Macrobius menyatakan bahawa hari-hari tambahan disisipkan sejurus sebelum hari terakhir setiap bulan untuk mengelakkan sebarang gangguan terhadap hari-hari ''fasti'' Rom (hari yang ditetapkan untuk peristiwa-peristiwa tertentu). Bagaimanapun, oleh sebab hari-hari selepas hari [[Takwim Rom#Bulan|Ides]] (iaitu hari ke-15 untuk bulan-bulan Mac, Mei, Julai dan Oktober serta hari ke-13 untuk bulan-bulan yang lain dalam takwim Rom) dibilang bawah (iaitu dengan angka-angka yang semakin kecil) sehingga bulan berikut, hari-hari tambahan tersebut meningkatkan nilai angka-angka hari selepas Ides pada setiap bulan.