28 Hari Mencari Cinta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Atas Nama Cinta (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Atas Nama Cinta (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 47:
 
== Sinopsis ==
Faisal (Aiman Hakim Ridza) memiliki podcast sendiri dan bercita-cita ingin melebarkan sayapnya ke luar negara bagi menguji kebolehannya sebagai penyampai radio. Bagi Faisal, apa yang dicari adalah kebahagiaan dan kejayaan dalam hidupnya. Namun, satu perkara yang Faisal tidak boleh lupakan ialah cinta pertamanya dengan Saleha yang mempunyai ciri-ciri gadis yang diinginkan. Faisal tidak tahu kenapa mereka berpisah secara tiba-tiba. Saleha telah meninggalkan dia tanpa sebab dan tidak dapat dijejaki sehingga kini.
Faisal tetap menanti Saleha setiap tahun walaupun Saleha sudah menjadi tunangan orang lain. Faisal percaya takdir akan menyatukan cinta mereka kembali.
 
Saleha (Hannah Delisha) pula meneruskan kehidupannya sebagai perancang kewangan di sebuah syarikat swasta kerana tidak berminat untuk bekerja di syarikat milik ayahnya, Encik Rahmat. Saleha ingin berdikari dan tidak mahu mengharapkan kesenangan hidup yang diberikan oleh ayahnya. Saleha bertunang dengan Danial (Ameerul Asyraf) atas kehendak Encik Rahmat. Saleha tidak menyukai sikap Danial yang suka berfoya-foya tetapi Encik Rahmat sering memuji Danial yang menjadi harapannya untuk terus memacukan perniagaannya ke peringkat global. Saleha tidak sampai hati untuk memberitahu keadaan sebenar yang bakal menghampakan ayahnya.
Saleha bertunang dengan Daniel atas pilihan keluarga walaupun tidak menyukai Daniel yang curang dengannya.
 
Dalam keadaan itu, Saleha teringat pada Faisal, cinta pertamanya yang dianggap sebagai seorang lelaki dungu yang selalu membuat kesilapan malah sering kali mengulanginya. Lelaki itu jugalah telah mengunci hatinya untuk mencintai dan mengharapkan agar satu hari nanti takdir akan menemukan mereka berdua.
Cinta lama kembali berputik selepas bertemu semula Faisal. Saleha bagi tempoh 28 hari pada Faisal untuk mencari kesilapannya, ianya juga punca percintaan mereka terputus satu masa dulu.
 
Podcast Faisal yang diberikan nama Love Barista membincangkan tentang kisah cinta, memberi petua untuk mencari cinta dan juga menyelesaikan masalah cinta. Podcast Faisal mendapat sambutan ramai sehingga ada kawan-kawan Saleha yang tularkan podcast itu dan ini membuatkan Saleha ingin tahu apa yang menariknya tentang podcast itu.
Faisal tidak putus asa mencari kesilapan dalam percintaan terdahulu dengan bantuan rakan baiknya Nasir.
 
Takdir menemukan kembali Faisal dan Saleha. Dalam masa yang sama, Faisal mendapat tawaran kerja sebagai DJ di Australia. Dia harus berada di sana dalam masa 28 Hari. Di sinilah bermula syarat yang diberikan oleh Saleha kepada Faisal iaitu 28 hari mencari cinta untuk kembali berkasih. Faisal perlu mencari kesilapan dia dalam hubungan mereka dulu dalam tempoh 28 hari sahaja. Bagaimana pula dengan Airin yang menagihkan cinta daripada Faisal? Apakah bakal berlaku dengan hubungan Saleha dan tunangnya Danial? Adakah Faisal dan Saleha boleh kembali bahagia bersama?
 
== Pelakon ==