Ibu Mertua-ku: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
→‎Plot: Baiki ejaan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 33:
 
==Plot==
MwngisahkanMengisahkan seorang gadis daripada keluarga berada bernama Sabariah mencintai seorang pemuzik bernama Kassim Selamat. Apabila ibu Sabariah, Nyonya Mansoor mendapat tahu akan perkara tersebut, dia begitu marah kerana Sabariah telah ditunangkan dengan Doktor Ismadi dan tambahan pula Kassim Selamat ialah seorang pemuzik yang dianggap tidak setaraf dengan kedudukan keluarga Nyonya Mansoor. Bagaimanapun Sabariah terlalu mencintai Kassim Selamat dan berkeras untuk berkahwin dengan Kassim Selamat. Nyonya Mansoor menyuruh Sabariah memilih diantara Kassim Selamat dan Doktor Ismadi. Namun Sabariah tetap memlilih Kassim Selamat. Nyonya Mansoor menunaikan kehendak Sabariah untuk berkahwin dengan Kassim Selamat dan menghalau mereka berdua keluar dari rumah Nyonya Mansoor sebaik sahaja mereka selamat dinikahkan.
 
Kassim Selamat dan Sabariah berpindah dari Singapura ke Pulau Pinang untuk memulakan kehidupan yang baru. Apabila Sabariah mengandung, dia kemudian mula mengutuskan telegram dan meminta pertolongan ibunya disebabkan tidak sanggup untuk hidup dalam keadaan susah. Setelah menerima surat daripada Sabariah, Nyonya Mansoor datang ke Pulau Pinang untuk membawa Sabariah pulang ke Singapura kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya yang hidup serba kekurangan kerana Kassim Selamat kini hanya bekerja sebagai buruh kasar. Setelah Sabariah selamat melahirkan anaknya, Nyonya Mansoor menghantar telegram palsu kepada Kassim Selamat mengatakan yang Sabariah telah meninggal dunia.