Perisian bebas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 28:
* Sesiapa sahaja boleh mengedar semula perisian tersebut secara percuma, tanpa membuat bayaran lesen atau royalti kepada penulisnya
* Sesiapa sahaja boleh mengubahsuai perisian tersebut atau menghasilkan perisian lain daripadanya dan mengedar semula perisian yang telah diubahsuai dibawah syarat yang sama
 
Definisi Sumber Terbuka
 
Versi: 1.9 (sumber MIMOS Malaysia)
Pengenalan
 
Sumber terbuka tidak hanya membawa maksud pencapaian kepada kod sumber. Terma pengedaran bagi perisian sumber terbuka haruslah menepati kriteria-kriteria seperti berikut:
 
'''1. Bebas Untuk Pengedaran Semula'''
 
Lesen tersebut tidak boleh menghadkan mana-mana pihak dari menjual atau memberi perisian tersebut sebagai satu komponen pengedaran perisian lengkap yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber. Lesen ini tidak boleh digunakan bagi mendapatkan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi mana-mana penjualan tertentu.
'''
2. Kod Sumber'''
 
Sesuatu aturcara perlu disertakan bersama kod sumber, dan membenarkan pengedaran kod sumber bersama aturcara yang telah dikompil. Bagi sesetengah produk yang tidak diedarkan bersama dengan kod sumber, pemberitahuan/publisiti bagi mendapatkan kod sumber perlu dibuat samada tidak lebih dari kadar kos penghasilan semula yang berpatutan atau boleh dimuat turun melalui Internet tanpa sebarang bayaran. Kod sumber mestilah dalam bentuk yang boleh diterima umum yang mana pengaturcara boleh membuat pindaan terhadapnya. Kod sumber yang sengaja berbentuk mengelirukan tidak dibenarkan. Bentuk pertengahan seperti output prapemprosesan atau penterjemahan juga tidak dibenarkan.
 
'''3. Sumber Kerja Asal'''
 
Lesen tersebut mestilah membenarkan pengubahsuaian serta sumber kerja asal, dan perlu membenarkan ia diedar di bawah terma yang sama dengan lesen perisian asal.
'''
4. Integriti Pencipta Kod Sumber'''
 
Lesen tersebut boleh menghadkan pengedaran kod sumber dalam bentuk pindaan sahaja hanya jika lesen tersebut membenarkan pengedaran "fail tampung" bersama kod sumber dengan tujuan meminda aturcara tersebut pada masa pembuatan. Lesen tersebut perlu secara jelas membenarkan edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda. Lesen tersebut mungkin memerlukan sumber kerja asal untuk membawa nama atau versi yang berbeza daripada perisian asal.
 
'''5. Tiada Diskriminasi Terhadap Individu Atau Kumpulan'''
 
Lesen tersebut tidak boleh mewujudkan diskriminasi terhadap mana-mana individu atau kumpulan tertentu.
 
'''6. Tiada Diskriminasi Terhadap Sesuatu Bidang Usaha'''
 
Lesen tersebut tidak boleh menghalang sesiapa daripada menggunakan aturcara tersebut bagi sebarang usaha dalam bidang lain. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh melarang sesiapa daripada menggunakan aturcara tersebut dalam bidang perniagaan ataupun digunakan dalam kajian genetik.
 
'''7. Pengedaran Lesen'''
 
Hak yang dilampirkan kepada aturcara mestilah boleh digunapakai kesemuanya oleh sesiapa yang menerima aturcara tersebut tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan oleh pihak-pihak tertentu.
'''
8. Lesen Tidak Boleh Di Khusus Kepada Suatu Produk'''
 
Hak yang dilampirkan kepada aturcara tidak boleh bergantung kepada keadaan aturcara yang merupakan sebahagian daripada pengedaran perisian tertentu. Jika aturcara diambil daripada pengedaran tersebut dan digunakan atau diedarkan di dalam terma lesen aturcara tersebut, semua pihak di mana pengedaran semula aturcara itu harus memiliki hak yang sama seperti yang dibenarkan kepada pengedaran aturcara yang asal.
 
'''9. Lesen Tidak Boleh Menghadkan Perisian Yang Lain'''
 
Lesen tersebut tidak boleh meletakkan pembatasan kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian berlesen. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh mendesak aturcara lain yang diedarkan pada medium yang sama menjadi perisian sumber terbuka.
'''
10. Lesen tersebut mestilah berbentuk teknologi-neutral'''
 
Tiada peruntukan bagi lesen dipredikat pada mana-mana teknologi individu atau gaya sesuatu antaramuka.
 
 
Nota: Terjemahan ini telah diterjemahkan oleh Anita Zahara, Rudhuwan, Shahril dan Kamil daripada MIMOS Open Source Deployment team berdasarkan definasi asal The Open Source Definition. Jika terdapat sebarang percanggahan di dalam lesen tersebut atau salah satu daripadanya disebabkan masalah terjemahan atau makna yang kurang tepat, maka definasi dalam bahasa asal iaitu Bahasa Inggeris adalah dirujuk dan digunapakai.
 
== Perisian Bebas lawan Sumber Terbuka ==