Hamdan Ramli: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HakanIST (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Umutakiwork (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Udin Azmi
Teg: Undur
Baris 39:
 
==Kerjaya==
Pada tahun 1995, terdapat satu program realiti televisyen yang mana ia amat popular di seluruh Malaysia dan ianya tidak lain tidak bukan adalah rancangan [[Sinaran Pasport Kegemilangan]]. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Sinaran Pasport Kegemilangan ialah sebuah pertandingan untuk mencungkil bakat di kalangan orang yang berbakat dalam bidang seni di seluruh Malaysia. Kali pertama disiarkan di [[TV3]] pada tahun 1994 yang mana musim pertama dijuarai oleh [[Shamsul Ghau Ghau]].
 
Fokus rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan berubah-ubah, di mana contohnya dalam dua musim pertama ia lebih memfokuskan kepada komedi, berbanding musim ketiga dan keempat yang lebih memfokuskan kepada nyanyian. Jadi sewaktu musim yang ke dua, Illya yang merupakan sahabat kepada Hamdan mengajak beliau untuk menyertai program realiti tersebut kerana kelebihan Hamdan yang pandai menyanyi.