Perbincangan:Al-Quran: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 56:
 
Tahniah kepada agama Islam! Saya suka akan buku ini yang berjudul ''Bible, Quran, and Science: The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge'' kerana penyampaiannya yang tidak kelihatan berat sebelah, walaupun penulisnya adalah orang Kristian. Walaupun kitab Bible memiliki banyak kesilapan dan percanggahan fakta, beliau juga tidak mengatakan bahawa agama Kristian adalah agama palsu tetapi sebaliknya mengaku bahawa kitab tersebut bukannya ''Word of God''. Menurutnya, terdapat banyak kesilapan pemindahan tradisi lisan ke dalam bentuk teks atas berbagai-bagai sebab (misalnya terlalu banyak versi tradisi lisan yang saling bercanggah serta huraian yang tidak lengkap yang "perlu" diisi oleh penulis), dengan setiap penulis kitab yang asal menokok tambah pendapat sendiri atas berbagai-bagai sebab. Suatu "kelemahan" kitab Yahudi dan Kristian mungkin adalah kerana ia wujud terlalu awal semasa penulisan belum mengambil alih tradisi lisan. — [[Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana|Syarikat Pemunggahan Rencana]] 18:47, 5 Mei 2008 (UTC)
 
:Bagi orang Islam, adalah dilarang berdebat mengenai kandungan Bible kecuali yang mempunyai pengetahuan. Ini kerana tidak diketahui yang mana mempunyai ayat yang asal dan yang mana telah ditukar. [[Pengguna:Yosri|Yosri]] 00:13, 6 Mei 2008 (UTC)
Kembali ke laman "Al-Quran".