Kurosaki Ichigo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 119:
Apabila Ichigo dan Dordonii bertarung, perbezaan besar antara kedua-dua kuasa mereka menjadi nyata. Dordonii mencadangkan Ichigo membebaskan tahap terakhir Zangetsu supaya dapat menyainginya. Ichigo tidak mahu dan berkata bahawa dia akan menumpaskan semua Espada, tetapi jika terpaksa menggunakan tahap terakhir dalam setiap perlawanan, hal ini hanya menunjukkan kelemahannya. Dordonii membebaskan kuasa zanpakutōnya sekaligus meningkatkan kuasanya. Dalam bentuk sebenarnya, dia mampu memanipulasi angin. Ichigo diselamatkan oleh Nell yang berjaya menyerap dan memantulkan serangan yang ditujukan kepada Ichigo. Berang, Dordonii menyerang Nell yang kemudiannya diselamatkan oleh Ichigo dengan menggunakan tahap terakhir Zangetsu.
 
Dordonii tidak berpuas hati dengan hanya melihat tahap terakhir zanpakutōnya; dia kini ingin melihat Ichigo dalam bentuk hollow. Malah, dia cuba menyerang Nell untuk memaksa Ichigo bertukar ke bentuk hollow. Ichigo menempatkan Nell di tempat yang selamat dan bersetuju untuk membiarkan Dordonii menyaksikan hollow Ichigo tetapi hanya untuk sesaat. Dordonii berasa gembira tetapi hollow Ichigo mencederakannya dengan parah dengan satu pukulan. Nell mengubati Dordonii dan cuba menyerang Ichigo sekali lagi supaya Ichigo beredar dari tempat tersebut. Sebagai tanda terima kasih kerana bertarung dengannya, Dordonii menentang Exequia yang dikerahkan untuk menangkap Ichigo agar Ichigo berpeluang melarikan diri.
 
Seketika kemudian, Ichigo berjumpa dengan Ulquoirra yang membawa khabar "kematian" Rukia. Mendengar khabar ini, Ichigo memalingkan diri untuk berpatah balik demi menyelamatkan Rukia. Dia enggan bertarung dengan Ulquoirra kerana merasakan tiada perkelahian antara mereka. Namun, setelah Ulquoirra memberitahu bahawa dia yang membawa Orihime ke Hueco Mundo, Ichigo tiba-tiba naik berang lalu berpaling untuk memberi serangan sulung kepada Ulquoirra. Dia mula menyalahkan Ulquoirra kerana dialah yang menyebabkan Orihime dianggap sebagai pengkhianat.
 
Pertarungan tercetus dan Ichigo menggunakan kuasa Vaizard yang menyebabkan Ulquoirra seolah-olah gagal menyainginya. Keputusannya seolah-olah Ichigo menang tetapi tiba-tiba Ulquoirra muncul lalu menikam dada Ichigo yangdengan telahtangannya menghentikanmenyebabkan kuasaIchigo VaizardTidak miliknyasedarkan.
Babak ini juga mendedahkan kedudukan Ulquoirra sebagai ''Quatro Espada
'' ''atau Espada keempat.