Sumber terbuka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Robot: interwiki standardization
ANtuMaLaM (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Sumber terbuka''' merujuk kepada beberapa prinsip dan amalan tertentu yang menggalakkan akses kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan. Istilah ini biasanya digunakan pada [[kod sumber]] bagi sesebuah [[perisian]] yang boleh dilihat dan diubah secara bebas oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan undang-undang [[harta intelek]]. Amalan ini membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai.
 
==Pengenalan==
 
Sumber terbuka tidak sahaja bermaksud akses kepada kod sumber. Terma pengedaran bagi perisian sumber terbuka harus menepati
kriteria-kriteria berikut:
 
1. Pengedaran Semula Bebas
 
Lesen tersebut tidak menghadkan mana-mana pihak dari menjual atau memberi perisian sebagai komponen daripada satu edaran perisian lengkap yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber. Lesen ini tidak memerlukan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi penjualan tertentu.
 
2. Kod Sumber
 
Aturcara tersebut perlu mengandungi kod sumber, dan membolehkan pengedaran kod sumber serta pengedaran dalam bentuk kompil. Dimana sesetengah bentuk produk tidak diedarkan bersama kod sumber, harus terdapat satu cara yang diketahui ramai bagi mendapatkan kod sumber
pada kos reproduksi berpatutan atau boleh dimuat turunkan melalui Internet tanpa sebarang bayaran.
 
Kod sumber haruslah menjadi bentuk utama seorang
pengaturcara membuat pindaan terhadap sesuatu aturcara. Kod sumber yang sengaja mengelirukan tidak dibenarkan. Bentuk pertengahan seperti output prapemproses atau penterjemah tidak dibenarkan.
 
3. Kerja Bersumber
 
Lesen tersebut harus membenarkan modifikasi serta kerja bersumber dan perlu membenarkan ia diedarkan dibawah terma yang sama dengan lesen perisian asal.
 
4. Keutuhan Kod Pencipta Kod Sumber
 
Lesen tersebut boleh menghadkan kod sumber daripada diedarkan dalam bentuk berpinda hanya jika lesen tersebut membenarkan pengedaran fail
tampung bersama kod sumber dengan tujuan meminda aturcara tersebut pada masa pembuatan.
 
Lesen tersebut perlu secara jelas membenarkan edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda. Lesen tersebut boleh menghendaki kerja bersumber menggunakan nama yang lain atau nombor versi yang lain daripada perisian asal.
 
5. Tiada Diskriminisasi Terhadap Seseorang Atau Kumpulan
 
Lesen tersebut tidak boleh mendiskriminisasi terhadap seseorang atau sekumpulan orang.
 
6. Tiada Diskriminasi Terhadap Usaha Bidang Lain
 
Lesen tersebut tidak boleh menghalang sesiapa lain daripada mengguna-semula aturcara tersebut bagi sebarang usaha dalam bidang lain.
 
Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh melarang sesiapa daripada menggunakan aturcara dalam bidang perniagaan ataupun digunakan dalam kajian genetik.
 
7. Pengedaran Lesen
 
Hak yang dikaitkan dengan aturcara harus bersabit kepada sesiapa yang mengedar semula aturcara tersebut tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan.
 
8. Lesen Tidak Boleh Khusus Kepada Satu Produk
 
Hak yang dikaitkan dengan aturcara tidak boleh bergantung kepada aturcara tersebut sebagai sebahagian daripada distribusi perisian tertentu.
 
Jika aturcara ini diekstrak daripada distribusi tersebut atau digunakan atau diedarkan dibawah terma lesen aturcara tersebut, semua pihak yang
mana aturcara itu telah diedarkan harus mempunyai hak yang sama dengan mereka yang mendapat hak bersamaan edaran aturcara asal.
 
9. Lesen Tidak Boleh Menghadkan Perisian Yang Lain
 
Lesen tersebut tidak boleh meletakkan larangan kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian asal. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh menghadkan bahawa aturcara yang lain diedarkan diatas medium sama harus juga perisian sumber terbuka.
 
== Sejarah ==