Sharifah Aleya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 35:
Beliau memulakan karier sejak berusia 12 tahun ketika mengacarakan rancangan Golden Teen Stuff di [[TV2]] dan kemudiannya program Chicky Hour di [[TV3]] sejak 1998. Pada tahun 2002 beliau muncul dalam filem ''[[Idola]]'' arahan [[Aziz M. Osman]] dengan memberikan lakonan berkesan sebagai remaja yang fanatik terhadap artis pujaan. Lakonannya menerima pengiktirafan sebagai Pelakon Harapan di Anugerah Skrin 2003.
 
Karier lakonan Aleya sangat cemerlang ketika usia remaja hinggakan beliau diiktiraf sebagai [[Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM)]] menerusi watak Nurul Nadia dalam filem ''Trauma'' pada tahun 2004 ketika berusia 21 tahun. Namun karier lakonannya di layar perak sedikit tenggelam akibat persaingan dengan aktres remaja lain biarpun muncul dalam filem-filem hebat antaranya ''[[Man Laksa]]'' dan ''[[Pontianak Harum Sundal Malam]]''. Sejak itu Aleya menumpukan karier pengacaraan menerusi rancangan bual bicara ''Selamba Serius'' bersama adiknya, [[Sharifah Amani]] dan sekali lagi bergandingan dalam program ''Latido'' di [[TV9]]. Aleya pernah mengacarakan program realiti [[Malaysian Idol]] musim pertama pada tahun 2004 bersama Soo Koi Jien serta The Breakfast Show di [[ntv7]].
 
''Amukan Puaka'' pada tahun 2003 merupakan debut Aleya di TV dan juga VCD selain muncul dalam drama ''Chulia Street'', ''Prahara'' dan juga berlakon dalam sitkom ''Kopikau'' bersama adik beradik Ngasri. Lakonan komedi Aleya menerima pujian hingga dicalonkan untuk kategori Pelakon Komedi TV Wanita Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 bersama aktres komedi hebat yang lain seperti [[Sheila Rusly]] & [[Nik Sayyidah Fatihah]]. Di dunia teater beliau juga tidak mengecewakan apabila pernah muncul dalam teater ''Man For All Seasons'' yang melayakkan beliau dicalonkan di Anugerah Boh Cameronion 2005 untuk kategori Ensembel Pelakon Terbaik. Pada tahun 2011 beliau muncul dalam teater ''Terima Kasih Cinta''.