Pulau Sebang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Aurora (bincang | sumb.)
k pautan
Baris 1:
'''Pulau Sebang''' merupakan sebuah pekan yang terletak dalam daerah [[Alor Gajah]], [[Melaka]]. Jarak antara bandar Alor Gajah dan Pulau Sebang sejauh 10 kilometer.
 
Uniknya Pulau Sebang ialah kerana ia bersambung dengan pekan [[Tampin]], [[Negeri Sembilan]]. Malah sempadan antara Negeri Melaka dan Negeri Sembilan terletak di [[lampu isyarat]] di tengah bandar Pulau Sebang dan Tampin. Orang luar yang datang ke pekan Pulau Sebang seolah-olah tidak menyedari mereka telah pun berada di Negeri Melaka kerana merasakan mereka berada di pekan Tampin Negeri Sembilan. Papan tanda sempadan memang wujud tetapi tidak disedari. Hal ini kerana kebanyakan sempadan antara negeri dipisahkan oleh sungai tetapi di sini dipisahkan oleh lampu isyarat.
 
Selain itu, [[Stesen KTMB Tampin|Stesen Keretapi Tampin]] sebenarnya terletak di Pulau Sebang dalam Negeri Melaka. Nama sebenar stesen itu Pulau Sebang. Dari tahun 1905 hingga 1942, terdapat landasan [[kereta api]] ke Bandaraya Melaka dari sini, tetapi telah dibongkar Jepun sejak Perang Dunia ke-2. Bekas laluannya dan jambatan-jambatan keretapi melintasi sungai masih ada sehingga hari ini. Ada perancangan dari KTMB untuk membuka semula laluan ke bandaraya Melaka dalam Rancangan Malaysia ke-10.
 
{{Melaka}}