Sultan Yahya Petra: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg: Dibalikkan
Teg: Dibalikkan
Baris 40:
 
== Keputeraan كڤوترأن ==
Diputerakan pada jam 4:00 petang, Isnin 10 Disember 1917 di Istana Balai Besar, [[Kota Bharu]], Kelantan dan merupakan putera kedua bagi [[Sultan Ibrahim Petra|Sultan Ibrahim IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV]] (1897–1960) dengan isteri ketiga baginda iaitu Che Puan Besar Cik Embong binti Daud (1899–1971). Tengku Yahya Petra menerima pendidikan agama semasa zaman kanak-kanak ketika baginda dibesarkan oleh ayahanda saudara Baginda, [[Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV]]. Tengku Yahya Petra menerima pendidikan awal di Sekolah Francis Light, [[Pulau Pinang]] ketika berusia 14 tahun. Selepas empat tahun menuntut di sekolah ini, Almarhum Sultan Ismail menghantar baginda menuntut di [[England]] pada [[1934]].
 
Baginda berkahwin dengan Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra ketika berusia 22 tahun pada tahun [[1939]]. Pasangan diraja ini dikurniakan seorang putera dan empat puteri. Putera tunggal Tengku Yahya Petra dan [[Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra|Tengku Zainab]] ialah Sultan Kelantan ke-28, [[Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra|Sultan Ismail Petra]]. Empat orang puteri Baginda ialah Tengku Merjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani. Baginda juga berkahwin dengan Tengku Alexandria binti Tengku Yusuf dan dikurniakan seorang putera iaitu Tengku Muhammad Petra.
 
== Kerjaya كرجاي ==