Bandar diraja: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Bandar Diraja''' adalah merupakan [[bandar]] kedua terpenting selepas bandar atau bandar raya yang menjadi [[ibu negeri]] bagi negeri-negeri yang diperintah oleh Raja atau Sultan. Selalunya Bandar Diraja ialah daerah yang menjadi tempat berdirinya Istana kediaman rasmi bagi Sultan atau Raja, dan daerah yang menjadi Bandar Diraja (Royal Capital) bukanlah daerah yang dipilih menjadi Ibu Negeri (State Capital). Istilah State Capital yang digunakan ketika zaman penjajah menunjukkan kawasan yang menjadi ibu negeri menempatkan pusat pentadbiran negeri dan kelazimannya ialah di Ibu Negeri jugalah terletaknya Istana monarki yang memerintah, seperti yang terdapat di London termasuk negara-negara bermonarki lain di eropah. Ini adalah kerana bagi memudahkan urusan pentadbiran. (Capital juga boleh diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia sebagai Pusat, bergantung kepada konteks ayat.)
 
Namun di Tanah Melayu, atas sebab-sebab geografi dan ekonomi, di sesetengah negeri pihak british terpaksa mewujudkan pusat pentadbiran di tempat lain yang kadangkala jauh dari Istana rasmi. Sebagai contoh negeri Perak, baginda Sultan Perak bersemayam di Kuala Kangsar, namun Ipoh dijadikan Ibu negeri atas sebab Ipoh menjadi kawasan yang paling pesat kerana pembukaan banyak lomboh bijih yang mewujudkan peluang pekerjaan dan ekonomi kepada imigran. Lalu [[Ipoh]] dipilih menjadi Ibu Negeri (State Capital) dan [[Kuala Kangsar]] diangkat menjadi Bandar Diraja (Royal Capital). Begitulah juga keadaan di negeri-negeri yang lain yang mempunyai situasi yang sama.
 
Majlis-majlis rasmi seperti sambutan Hari Keputeraan, Pemasyhuran, Sambutan Tetamu Negeri dan pelbagai upacara yang melibatkan Raja atau Sultan dijalankan di Bandar Diraja. Bagaimana pun, ini hanyalah merupakan kebiasaan, tetapi tidak semestinya begitu.