Mahmud Shah dari Melaka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 53:
Pada tahun [[1509]], Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
 
Pada [[1510]], Sultan Mahmud Shah menyerahkan kuasa sementara pada putera sulungnya, Sultan Ahmad Shah. Selepas mengambil balik kuasa, baginda membunuh Tun Mutahir sekeluarga kerana termakan fitnah yang Tun Mutahir cuba membunuhmerampas bagindakuasa.
 
Pada [[10 Ogos]] [[1511]], sebuah [[armada laut]] Portugis yang besar dari India diketuai oleh [[Alfonso de Albuquerque]] kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada [[24 Ogos]]. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke [[Bertam]], [[Batu Hampar]], [[Pagoh]] and seterusnya ke [[Pahang]] di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.