Barisan Alternatif: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Edmundwoods (bincang | sumb.)
Betulkan fakta, serta menghapuskan kandungan yang berat sebelah
Edmundwoods (bincang | sumb.)
Tak boleh dikelirukan dengan Pakatan Rakyat
Baris 2:
 
'''Barisan Alternatif''' ('''BA''') merupakan gabungan parti politik yang terdiri daripada [[pembangkang (Malaysia)|parti pembangkang]] utama di [[Malaysia]] demi mengurangkan majoriti kerajaan [[Barisan Nasional]] (BN). BA ditubuhkan pada [[1999]] dan bertanding dalam [[Pilihanraya Umum Malaysia 1999]], [[Pilihanraya Umum Malaysia 2004]], dan [[Pilihanraya Umum Malaysia 2008]].
 
Kini Barisan Alternatif telah mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya 2008, dan berjaya merampas empat negeri ([[Kedah]], [[Pulau Pinang]], [[Negeri Perak|Perak]], [[Selangor]]) dari BN di samping mengekalkan [[Kelantan]]. BA turut berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di [[Dewan Rakyat Malaysia|Parlimen]].
 
Masalah utama Barisan Alternatif ialah ia tidak dikenali di sisi undang-undang. Sejak 1999 sehingga kini BA tidak didaftarkan di Pendaftaran Pertubuhan. Tidak ada mana-mana pihak sama ada DAP, PKR mahupun PAS yang mahu mengusahakan pendaftaran Barisan Alternatif kerana merasakan pertubuhan politik secara rasmi tidak diperlukan. Sebelum ini Barisan Alternatif tidak berjaya membentuk kerajaan kecuali di Kelantan. Kerajaan PAS berjaya dibentuk hasil kerjasama dalam Angkatan Perpaduam Ummah, bukan Barisan Alternatif. Barisan Alternatif lebih menjurus kepada kerjasama DAP-PKR-PAS.